PenggunaPengurusan Kewangan

Lindungi Kad Kredit Anda Daripada Fraud

Fraud dalam kad kredit boleh mengakibatkan anda dan pengeluar kad kredit mengalami kerugian besar. Pengeluar kad kredit sentiasa mengambil sikap berwaspada terhadap fraud ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda. Walau bagaimanapun, anda juga harus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa fraud.

Lindungi kad kredit anda

  • Tandatangani kad kredit anda sebaik sahaja ia diterima.
  • Simpan kad kredit anda pada tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit, supaya, jika ia hilang atau dicuri, anda akan menyedarinya dengan serta-merta.
  • Usah pinjamkan kad kredit anda kepada sesiapa sahaja.
  • Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian melalui telefon, pos atau internet.
  • Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada pihak ketiga.
  • Simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan/ kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan PIN kepada pihak ketiga.
  • Pastikan anda telah memotong kad kredit yang telah luput kepada dua bahagian apabila anda menerima kad baru.

Periksa transaksi kredit kad anda untuk mengelakkan urus niaga tanpa kebenaran

  • Semak semua butir yang terdapat pada slip urus niaga sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga melalui kad kredit.
  • Simpan semua slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan kad kredit anda sebaik sahaja ia diterima.
  • Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran.
  • Musnahkan semua slip urus niaga sebelum anda membuangnya.

Sumber : infoperbankan/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 18/Oktober 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button