Pelan Penyimpanan

KWSP: Pengenalan Akaun Emas dan Inisiatif Penambahbaikan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, bermula pada 1 Januari 2017, Akaun Emas akan diwujudkan sebagai simpanan persaraan kedua untuk ahli berusia 55 tahun dan ke atas.

Akaun Emas adalah satu inisiatif di bawah penambahbaikan skim KWSP yang terkandung dalam Akta KWSP 1991, iaitu semua caruman baru yang diterima selepas umur 55 tahun, secara automatic dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli berumur 60 tahun. Skim ini diwujudkan bagi memastikan pencarum mempunyai simpanan persaraan mencukupi apabila mencapai usia 60 tahun.

Soal Jawab Inisiatif Penambahbaikan

Akaun 55 (Pengeluaran Umur 55 tahun)

  1. Apakah Akaun 55?

Akaun 55 ialah akaun yang diwujudkan bagi tujuan pemindahan caruman daripada Akaun 1 dan 2 untuk ahli yang telah mencapai umur 55 tahun dan ke atas bermula 1 Januari 2017. Setelah pemindahan ke Akaun 55 dilakukan, permohonan pengeluaran umur 55 tahun boleh dibuat mengikut kelayakan dan prosedur semasa.

Akaun Emas (Pengeluaran Umur 60 tahun)

  1. Apakah Akaun Emas?

Akaun Emas merupakan satu inisiatif penambahbaikan skim KWSP yang diperkenalkan kepada ahli yang telah mencapai umur 55 tahun. Apa-apa caruman yang dikreditkan selepas ahli mencapai umur 55 tahun bermula 1 Januari 2017, hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun. TIADA lagi sub akaun 1 dan sub akaun 2.

  1. Apa yang dimaksudkan dengan Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas)?

Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) adalah skim pengeluaran KWSP yang diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang telah mencapai umur 60 tahun mengeluarkan semua atau sebahagian simpanan KWSP.

  1. Mengapa Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) diperkenalkan?

Pengeluaran ini diperkenalkan selaras dengan peningkatan umur persaraan wajib yang diumumkan oleh kerajaan daripada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun.

  1. Apakah syarat-syarat permohonan Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas)?

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

– Mencapai umur 60 tahun – Mempunyai simpanan KWSP

  1. Apakah kaedah bayaran yang boleh dipilih di bawah Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas)?

Kaedah bayaran yang boleh dipilih adalah seperti berikut:

    • Bayaran semua simpanan
    • Bayaran sebahagian simpanan
      • Amaun minimum RM2,000.00
      • Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu
    • Bayaran bulanan
      • Pengeluaran minimum RM3,000 (RM250 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
      • Kombinasi bayaran sebahagian simpana dan bayaran bulanan
  1. Bagaimana untuk memohon Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) dan apakah dokumen yang diperlukan?
    • Ahli perlu hadir di mana-mana Pejabat KWSP dengan membawa :
      • MyKad atau dokumen pengenalan diri lain (bagi tujuan pengesahan identiti pemohon); dan
      • Maklumat akaun bank (bagi tujuan pembayaran)
    • Permohonan melalui mel perlu mengemukakan dokumen tambahan, iaitu :
      • Borang KWSP 9B;
      • Salinan dokumen pengenalan diri yang telah disahkan oleh Pegawai Pengesah (Sila rujuk Senarai Semak Dokumen); dan
      • Borang KWSP 3 (Pindaan)
  1. Adakah Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) akan membatalkan Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) sedia ada?
    • Pengeluaran Umur 6- tahun (Akaun Emas) TIDAK MEMBATALKAN Pengeluaran Umur 55 tahun (Akaun 55) sedia ada.
    • Ahli layak memohon Pengeluaran Umur 55 tahun bagi simpanan terkumpul yang dipindahkan ke dalam Akaun 55 dengan syarat ahli belum mencapai umur 60 tahun
    • Manakala caruman yang diterima selepas umur 55 tahun dalam Akaun Emas hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun di bawah Pengeluaran Umur 60 tahun.

Lanjutan Had Pengkreditan Dividen

  1. Apakah penambahbaikan berkaitan had pengkreditan dividen?

Berdasarkan peruntukan Akta KWSP 1991, dividen dikreditkan ke akaun ahli sehingga ahli mencapai umur 75 tahun. Berkuat kuasa 1 Januari 2017, dividen dikreditkan ke akaun ahli sehingga simpanan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Bayaran dividen dipanjangkan tempoh sehingga umur 100 tahun.

  1. Mengapakah had pengkreditan dilanjutkan sehingga simpanan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut?

Ia dilanjutkan bagi membolehkan simpanan ahli yang berada dengan KWSP terus mendapat dividen sehingga ahli membuat pengeluaran penuh dan simpanan ahli semakin bertambah.

Sumber: Simpanan Wang Kumpulan Pekerja (KWSP)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button