Pelan PenyimpananPerangkap Kewangan

KWSP: Aktiviti Mencurigakan

Pada penghujung tahun 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa mereka ‘sentiasa’ menerima pelbagai kes penipuan yang telah mengakibatkan kerugian besar dialami oleh mangsa penipuan dengan taktik penipuan yang licik daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Seperti yang kita tahu, penubuhan KWSP ini adalah bertujuan memberikan simpanan paksa dan juga penambahan simpanan daripada majikan kepada pekerja setiap bulan secara tetap. Ia memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menyimpan duit dan digunakan selepas bersara esok. Ia juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja untuk tujuan tertentu seperti pembelian rumah dll. Jadi, secara umumnya, ia adalah bagi tujuan kemudahan kepada pengguna.

Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba untuk menipu dan mengaut keuntungan peribadi daripada kemudahan yang ada ini. Berikut adalah jenis penipuan yang diterima daripada aduan KWSP;

1. Penyamaran sebagai ejen untuk pengeluaran wang dari akaun ahli
2. Promosi skim pelaburan palsu
3. Meminta pembayaran deposit atau upah perkhidmatan
4. Penggunaan logo KWSP yang tidak sah
5. Menawarkan skim pinjaman melalui aplikasi yang mencurigakan
6. Laman web phishing yang meminta maklumat peribadi ahli
7. Ahli diminta menghubungi mereka bagi mengetahui maklumat akaun KWSP
8. Menyamar sebagai ejen untuk penukaran TAC atau maklumat akaun KWSP

Oleh itu, anda perlulah lebih berhati-hati dalam akses perincian di komputer ataupun di telefon anda. Seperti yang dikatakan oleh pihak KWSP, mereka ini sentiasa mencari helah untuk mencuri data dan maklumat peribadi anda. Berkemungkinan, mereka akan cuba taktik baharu untuk mendapatkan butiran peribadi anda dan cuba untuk menipu anda.

Sekiranya anda mengetahui tentang sebarang aktiviti yang mencurigakan tentang tawaran-tawaran mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, jangan berlengah dan terus laporkan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 89226000.

Laporkan mesej yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan KWSP di talian 03-89226000

Sumber:KWSP/Berita & Sorotan/Penipuan/14 Disember 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button