Kos Lain Yang Perlu Ditanggung Apabila Membeli Rumah

Apabila anda membeli sebuah rumah yang berharga RM500,000.00 sebenarnya terdapat beberapa kos lain yang perlu anda tanggung untuk memiliki rumah tersebut.
1. Yuran Guaman
Yuran guaman merupakan bayaran yang dibuat oleh pembeli hartanah untuk tujuan menyediakan dan merekod dokumen rasmi.
Di Malaysia, terdapat dua yuran guaman yang anda perlu sediakan, iaitu untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pinjaman. Caj yuran guaman bagi kedua-dua perjanjian tersebut boleh dirujuk dalam jadual di bawah. Peratus dan kiraan kos untuk kedua-dua perjanjian adalah sama.
Walau bagaimanapun, yuran guaman jual beli adalah berdasarkan harga pembelian, manakala yuran guaman perjanjian pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman.
Harga Rumah (RM) | Skala Yuran Guaman |
RM 500,000 Pertama | 1% (tertakluk kepada Fi Minimum RM 500) |
RM 500,000 Yang berikutnya | 0.8% |
RM 2,000,000 Yang berikutnya | 0.7% |
RM 2,000,000 Yang berikutnya | 0.6% |
RM 2,500,000 Yang berikutnya | 0.5% |
Nilai melebihi RM 7,500,000 | 1% (tertakluk kepada Fi Minimum RM 500) |
Jadual Yuran Guaman berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017
yang telah berkuat kuasa pada 15 Mac 2017
Pindaan Yuran Guaman tahun 2017 telah membenarkan peguam memberi diskaun tidak melebihi 25% daripada Yuran Guaman yang dikenakan untuk urusan pindah dan gadaian rumah.
2. Duti Setem
Duti setem merupakan cukai yang dikenakan terhadap pengiktirafan undang-undang untuk dokumendokumen tertentu. Dalam kes ini, duti setem melibatkan perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman. Caj duti setem untuk dokumentasi jual beli hartanah boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Harga Pembelian (RM)
Caj Duti Setem
100,000 yang pertama
1.00%
400,000 yang berikutnya
2.00%
Jumlah yang berikutnya
3.00%
Caj duti setem untuk perjanjian pinjaman boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Jumlah Pinjaman
Caj Duti Setem
Apa-apa jumlah
0.50%
Mulai 1 Januari 2017, pembelian rumah pertama yang bernilai RM300,000 ke bawah akan dikecualikan daripada bayaran duti setem pindah milik dan duti setem dokumen utama pinjaman.
Manakala untuk hartanah yang bernilai RM301,000 hingga RM500,000 pula, anda layak mendapat peremitan (diskaun) sebanyak RM5,000 daripada jumlah amaun sebenar duti setem pindah milik yang akan dikenakan, dan peremitan sebanyak RM1,500 daripada jumlah amaun sebenar duti setem dokumen utama pinjaman yang akan dikenakan.
3. Yuran Penilaian (apabila penilaian formal diperlukan)
Yuran penilaian merupakan kos yang dibayar untuk menentukan nilai sesuatu aset. Kos ini perlu ditanggung apabila pembeli membeli daripada penjual yang bukan pemaju. Yuran penilaian ini perlu dibayar kepada jurunilai hartanah.
Jadual di bawah menunjukkan caj yang dikenakan untuk yuran penilaian.
Jumlah Penilaian
Caj
100,000 yang pertama
0.250%
1,900,000 yang berikutnya
0.200%
5,000,000 yang berikutnya
0.167%
8,000,000 yang berikutnya
0.125%
35,000,000 yang berikutnya
0.100%
Contoh: Hartanah bernilai RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)
Tolak Diskaun 25% = RM1,250 Tolak Diskaun 25% = RM1,125 RM400,000 yang berikut : RM400,000 x 2% = RM8,000 Tolak Peremitan duti setem pindah milik = RM5000 Tolak Peremitan duti setem dokumen utama pinjaman = RM1500 RM400,000 yang berikut : RM400,000 x 0.2% = RM800
Jenis Yuran
Cara Pengiraan
Jumlah Bayaran
1. Yuran Guaman SPA
RM500,000 yang pertama : RM500,000 x 1% = RM5,000
RM3,750
2. Yuran Guaman Pinjaman
RM500,000 yang pertama : RM450,000 x 1% = RM4,500
RM3,375
3. Duti Setem Dokumentasi Jual Beli
RM100,000 yang pertama : RM100,000 x 1% = RM1,000
RM4,000
4. Duti Setem Perjanjian Pinjaman
RM450,000 x 0.5% = RM2,250
RM750
5. Yuran Penilaian
RM100,000 yang pertama : RM100,000 x 0.25% = RM250
RM1,050
Jumlah
RM12,925
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 97/Mei 2018