Pelan PerlindunganPengguna

Konsep Perancangan Aksesibiliti OKU Di Bangunan Awam Dan Kemudahan Awam

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation), Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan 15 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini.

Selain itu, dianggarkan 40 juta orang penduduk di dunia ini adalah buta atau mengalami separuh penglihatan (Nielsen 2009). Malaysia mempunyai penduduk lebih 30 juta orang. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah OKU di Malaysia yang berdaftar dengan JKM adalah 338,000 (1% daripada penduduk Malaysia). Walaupun angka ini tidak menggambarkan jumlah sebenar golongan OKU, tetapi segala keperluan untuk kebajikan mereka haruslah diberikan perhatian.

Berdasarkan jumlah tersebut, terdapat keperluan yang nyata terhadap penyediaan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya. Tanpa kemudahan sokongan yang diperlukan, pergerakan mereka lebih terbatas dan akan mengehadkan aktiviti mereka.

Orang kurang upaya mendapati beberapa kesukaran semasa menggunakan kemudahan di tempat yang dikunjungi disebabkan beberapa faktor. Masalah utama yang mereka hadapi ialah kemudahan tersebut tidak selamat, tidak mudah untuk sampai ke satu-satu destinasi dan kedudukan sesuatu kemudahan itu berada jauh untuk dikunjungi.

Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlu menitikberatkan kemudahan aksesibiliti di bangunan awam dan kemudahan awam untuk golongan OKU sepertimana yang telah digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan mengikut undang-undang dan piawaian sedia ada.

Konsep Perancangan Luaran

Aksesibiliti

Ramp

  • Semua ‘ ramp ’ mesti dihubungkan dengan laluan golongan Orang Kurang Upaya dan berterusan tanpa halangan.
  • Kecerunan maksimum 1:15 dengan kelebaran minimum 1800 mm.
  • Permukaan ‘ramp’ rata dan tidak licin.

Handrail’ dan ‘grab bar

  • Handrail” (ukur lilit 40 mm – 50 mm disediakan bersama ‘ramp’)
  • Ketinggian handrail adalah 2.4 kaki (700 mm) dan 3 kaki (900 mm).
  • Tanda ‘braille’ perlu disediakan di permulaan dan hujung ‘handrail

Laluan khas / pejalan kaki dan kaki lima

  • Laluan pejalan kaki secara terus dan tanpa halangan perlu
  • Saiz lebar minimum adalah 1500 mm.
  • Permukaan laluan pejalan kaki tidak licin.
  • Tekstur permukaan di pintu masuk dan keluar berbeza dengan tekstur laluan biasa.
  • Ketinggian laluan pejalan kaki yang tidak disediakan ‘kerb’ ialah maksimum 10 mm.

Anjung masuk ke bangunan

  • Ramp’ dan ‘handrail’ perlu disediakan paling hampir dengan anjung masuk sesebuah bangunan.
  • Pintu masuk ke bangunan (lebar minimum 1,800 mm)
  • Pintu kaca mempunyai tanda jelas di paras 800 mm – 1,500 mm.

Permukaan laluan bertekstur

  • Menggunakan ‘dot-type block’ untuk memberi amaran.
  • Line type block’ asas kepada menunjuk arah laluan.

Reruang

Tempat letak kereta khas (TLK)

  • Mesti disediakan dan dihubungkan dengan laluan golongan Orang Kurang Upaya dan berserta ‘step ramp’ selebar 1,000mm.
  • Jumlah ruang Tempat Letak Kereta khas ialah 1:100 kenderaan biasa.
  • Tempat Letak Kereta khas disediakan dengan keluasan ruang 3,300 lebar x 6,600 mm panjang

Kemudahan Sokongan

Papan tanda

  • Peletakan mendatar dengan ketinggian minimum 2000 mm dari paras
  • Warna, tulisan dan saiz papan tanda mesti jelas dan boleh dibaca.
  • Menyediakan papan tanda bertulisan ‘braille’.

Bangku ‘fixed atau ‘built-in’ dan meja

  • 5% bangku di tempat awam dikhaskan untuk OKU.
  • Reka bentuk yang selesa, ketinggian yang sesuai dan selamat.

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button