Pelan Pendapatan

Konsep InterNetwork Marketing

MEMPERKENALKAN KONSEP
INTERNETWORK MARKETING 

Apa Itu InterNetwork Marketing?

InterNetwork Marketing merupakan satu istilah baru yang kami gunakan bagi menggabungkan dua konsep dan model pemasaran yang sangat hebat dan ‘Mega’ yang tidak asing dan telah terbukti dalam dunia perniagaan masakini iaitu Internet Marketing dan Network Marketing bagi menghasilkan satu Model Pemasaran Revolusi Terhebat Abad ini!

Berikut adalah huraian mengenai Konsep InterNetwork Marketing ini:

Ulasan Mengenai ‘Network’

Sebelum menghuraikan konsep InterNetwork ini dengan lebih panjang, ada baiknya untuk diulas serba ringkas mengenai istilah ‘Network’ ini terlebih dahulu dalam skop yang lebih luas agar perbincangan dapat dilakukan dengan lebih terbuka dan matang. Network atau Rangkaian atau Jaringan sangat penting dan diperlukan dalam setiap aspek bidang kehidupan bermasyarakat sama ada dalam bidang sosial, ekonomi, perniagaan, agama, dakwah, politik, pendidikan, perhubungan antarabangsa dan sebagainya.

Begitulah juga apabila berbicara mengenai network dalam aspek pemasaran dalam sesebuah perniagaan. Berbagai bentuk dan model pemasaran terdapat di dalam perniagaan hari ini seperti peruncitan, pemborong, francais, koperasi, pemasaran terus, pemasaran rangkaian, pemasaran online dan sebagainya.

Salah satu model pemasaran perniagaan yang sangat berpengaruh yang menggunakan konsep rangkaian ini sebagai teras pemasarannya secara menyeluruh dan telah menunjukkan kehebatannya dari segi penglibatan individu yang lebih meluas mahu pun dari sudut pertumbuhan perniagaannya ialah model perniagaan ‘Network Marketing’!

Model Perniagaan: Network Marketing

Network Marketing atau juga dikenali sebagai ‘Multi Level Marketing’ atau dalam Bahasa Malaysia disebut ‘Pemasaran Rangkaian atau Jaringan’ merupakan salah satu daripada bentuk pemasaran yang sah dan diiktiraf di dalam dunia perniagaan yang mana Network Marketing merupakan model perniagaan yang sangat popular dan telah bertapak agak lama yang mula diasaskan pada tahun 40-an dahulu.

Menurut Burke Hedges, seorang penulis dan pengkaji jenis-jenis model perniagaan di dalam bukunya, ‘Copy Cat Marketing 101’, telah menyatakan bahawa Model Network Marketing ini adalah merupakan gabungan hebat di antara Model Perniagaan ‘Francais’ melalui kehebatan sistem duplikasinya dan Model Pertumbuhan ‘Compounded Interest’ melalui pertumbuhan eksponennya!

Melalui ciri-cirinya yang unik, menarik dan hebat, seperti kos penglibatannya yang rendah serta konsep tolong-menolong yang terdapat di dalam Network Marketing ini, maka keadaan ini telah membuka ruang dan peluang yang begitu luas dan sama rata kepada sesiapa sahaja yang berkeinginan dan bertekad serta mahu berusaha mengejar impian mereka untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini!

Tidak dapat dinafikan juga bahawa sejak mula diperkenalkan hampir 70 tahun yang lalu Network Marketing telah berjaya melahirkan begitu ramai usahawan-usahawan pengedar bebas yang bertaraf jutawan dan multi-jutawan di seluruh dunia semenjak dahulu sehinggalah ke hari ini!

Oleh kerana itulah, Network Marketing ini telah diakui dan diiktiraf oleh ramai pakar-pakar dan tokoh-tokoh ternama dunia termasuk tokoh-tokoh yang tidak terlibat dalam perniagaan Network Marketing seperti Bob Proctor, Steven R. Covey, Robert Kiyosaki dan Donald Trump, sekadar menyebut beberapa nama, yang mana rata-rata mereka telah mengakui dan mengiktiraf Network Marketing sebagai satu bentuk model perniagaan yang sah dan sangat berjaya bukan sahaja dalam membangunkan perniagaan tetapi juga, yang lebih penting, dalam membangunkan manusia!

Di antara ciri-ciri Network Marketing yang unik, menarik dan hebat yang boleh dimanfaatkan ialah:
(i) Kos kemasukan untuk memulakan perniagaan yang rendah
(ii) Kos inventori dan overhead bulanan yang juga rendah
(iii) Peluang adalah terbuka dan sama rata kepada semua orang, asalkan bersedia untuk belajar dan berusaha demi mencapai impian dan kejayaan!
(iv) Mentor atau leader berpengalaman akan membantu & membimbing pasukan
(v) Potensi pendapatan tanpa had
(vi) Peningkatan pendapatan berlaku secara ‘exponential’ berbanding secara ‘linear’ mengikut kaedah konvensional
(vii) Pendapatan pasif dan berterusan
(viii) Prinsip pembangunan ilmu, manusia dan organisasi
(ix) Prinsip duplikasi yang unik

Profesyen/Kerjaya:
Mereka yang terlibat dalam Network Marketing ini dipanggil sebagai Networker atau Network Marketer atau Pemasar Rangkaian.

Model Perniagaan: Internet Marketing

Internet merupakan salah satu anugerah Allah yang sangat hebat kepada manusia yang telah mengubah cara gaya kehidupan manusia pada zaman masakini. Sejak pertengahan 90-an, Internet telah menghasilkan satu impak revolusi ke atas budaya dan perniagaan, termasuk peningkatan komunikasi pantas melalui emel, sms, VoIP dan World Wide Web yang merangkumi website, blog, media sosial, shopping online dan sebagainya.

‘Internet Marketing’ atau ‘Pemasaran Internet’ adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perniagaan hari ini yang menggunakan internet sebagai medium pemasaran. Selaras dengan perkembangan dalam era Teknologi Maklumat yang begitu hebat masakini, maka keperluan Internet Marketing kepada dunia perniagaan boleh dikatakan sesuatu yang tidak boleh tidak menjadi satu komponen yang paling utama untuk diterokai, malah perlu dikuasai!

Meminjam kata-kata Bill Gates, Founder Microsoft, “If your business is not on the internet, then your business will be out of business”, bermakna seorang usahawan di Era IT ini, mahu tidak mahu, perlu menguasai bidang Internet Marketing kerana pemasaran itu sendiri adalah merupakan ‘nadi’ kepada setiap perniagaan. Tiada pemasaran, tiadalah jualan maka tiadalah perniagaan!

Sebaliknya, para usahawan yang telah menggunakan dan berjaya menguasai Internet Marketing, telah mendapat manfaat dan habuan yang begitu besar dalam perniagaan dan kehidupan mereka. Ia boleh dimanfaatkan oleh setiap manusia untuk pelbagai tujuan termasuk untuk tujuan perniagaan.

Di antara ciri-ciri khas Internet Marketing yang sangat hebat untuk dimanfaatkan oleh para usahawan ialah:
(i) Ruang pasaran yang sangat luas tanpa batas
(ii) Mudah, pantas dan fleksibel menjadi kelebihan utama sesebuah perniagaan
(iii) Masa dan waktu yang tidak terbatas (perniagaan dibuka 24/7/365)
(iv) Tidak memerlukan modal yang besar berbanding kaedah pemasaran konvensional
(v) Perniagaan boleh diotomasikan
(vi) Perniagaan boleh berada di dalam genggaman! (dengan wujudnya Smart Phone)
(vii) Penggunaannya yang sangat fleksibel – boleh dimanfaatkan untuk segala jenis perniagaan sama ada berbentuk produk mahupun perkhidmatan, digital atau pun fizikal, mempunyai produk sendiri mahu pun produk orang lain!

Profesyen/Kerjaya:
Mereka yang terlibat dalam Internet Marketing ini dipanggil sebagai Internet Marketer atau Pemasar Internet.

Model Perniagaan Revolusi Terkini: InterNetwork Marketing

InterNetwork Marketing merupakan satu istilah baru yang kami gunakan bagi menggabungkan dua konsep dan model pemasaran yang sangat hebat dan ‘Mega’ yang tidak asing lagi dan telah terbukti dalam dunia perniagaan masakini iaitu Internet Marketing dan Network Marketing bagi menghasilkan satu Model Pemasaran Revolusi Terhebat Abad ini!

Network Marketing, satu kaedah dan model pemasaran yang telah lama bertapak dan menguasai dunia perniagaan manakala Internet Marketing, satu kaedah pemasaran dalam era teknologi masakini. Network Marketing lebih melibatkan ‘manusia’ sementara Internet Marketing banyak melibatkan ‘teknologi’, dan istilah ‘High Tech, High Touch’ karangan John Naisbit, best selling author of Megatrends ada relevensinya apabila memperkatakan mengenai penggabungan ini.

Penggabungan dua model pemasaran hebat dan mega ini sangat diperlukan bagi meningkatkan lagi keupayaan kedua-dunya sehingga mampu menghasilkan satu kesan impak revolusi positif yang jauh lebih hebat menjadi Mega Hebat dan Menggegarkan bagi kedua-dua industri ini!

InterNetwork Marketing adalah merupakan satu gabungan kaedah pemasaran yang dinamik terhadap satu perniagaan yang berteraskan prinsip-prinsip pemasaran kemanusiaan yang telah lama bertapak dan berkesan dengan menggunakan kehebatan teknologi terbaru masakini!

Sebenarnya kedua-dua Network Marketing & Internet Marketing saling memerlukan antara satu sama lain bagi meledak dan melonjakkan lagi kehebatan dan keupayaan masing-masing!

Bayangkan, dengan kuasa InterNetwork Marketing, pencarian dan pencapaian prospek menjadi lebih mudah dan lebih luas tanpa sempadan. Prospek boleh dicapai dengan lebih khusus dan tepat kepada sasaran (targeted prospect).

Perniagaan kini boleh dilakukan secara maya, walaupun tidak pernah bersemuka secara berdepan, walau pun hanya beroperasi di rumah atau di mana sahaja kita berada dan pada bila-bila masa 24 jam, 7 hari seminggu.

Dari sudut ekonomi, ianya lebih kos efektif kerana kos pemasaran menjadi lebih murah dengan pencapaian yang lebih luas dan pantas!

Latihan dan bimbingan oleh mentor / leader / upline boleh dilakukan secara online pada bila-bila masa dan di mana sahaja, tidak perlu bersemuka atau menghadiri meeting malam-malam atau mingguan. Keadaan ini bukanlah untuk menafikan keperluan perjumpaan dan mesyuarat ahli-ahli pasukan, tetapi dengan penggunaan teknologi internet, akan mengurangkan karenah, sebab dan alasan untuk tidak mendapat latihan dan bimbingan yang diperlukan daripada leader/upline.

Faktor komunikasi antara upline, downline, prospek dan pelanggan menjadi lebih tersusun dan sistematik. Proses susulan (follow-up), penyampaian informasi, pengekalan momentum dan pemantapan motivasi berterusan di kalangan ahli dapat memastikan perniagaan akan terus dan sentiasa dibekalkan dengan nafas baru untuk perkembangan yang berterusan.

Di samping itu, aspek paling penting dan sebagai kunci kepada kejayaan di dalam model Network Marketing ialah berlakunya Proses Duplikasi di dalam struktur organisasi pasukan supaya nilai ‘keajaiban’ penggandaan exponent (exponential growth) dapat berlaku daripada peringkat demi peringkat secara beterusan. Inilah proses yang paling sukar bagi sebahagian besar Networker Konvensional dan gagal melakukannya.

Tetapi dengan kuasa InterNetwork Marketing, ianya tidak lagi menjadi masalah besar memandangkan proses duplikasi ini banyak akan dibantu oleh kuasa sokongan teknologi, dengan syarat sistem sokongan yang dibina tersebut dapat disediakan dengan cara yang betul, sistematik dan komprehensif! Dengan InterNetwork Marketing, tidak ada sebab lagi untuk anda tidak berjaya dalam bisnes Network Marketing.

Kesimpulannya, beberapa FAKTOR KRITIKAL untuk berjaya dalam Network Marketing seperti Prospecting, Follow-up, Closing, Training, Motivation & Duplication mampu dilakukan dengan menggunakan kuasa Internet Marketing. Satu gabungan baru yang mantap yang menghasilkan satu Model Pemasaran Revolusi Terhebat di Era Millennium ini iaitu – InterNetwork Marketing!

Profesyen/Kerjaya:
Mereka yang terlibat dalam InterNetwork Marketing ini secara tidak langsung akan melibatkan diri dalam kedua-dua bidang kerjaya dan bolehlah dipanggil sebagai InterNetworker atau InterNetwork Marketer atau Pemasar Internet Rangkaian.

Untuk Sebarang Pertanyaan: 03-5523 2354 atau 012-924 1160


 Program Khas “Jutawan Network Affiliate Program”

Projek Membina Empayar Jutawan InterNetwork 2016/2017
bersama Sistem Sokongan ‘Jutawan Online Business Solutions’ (JOBS)

Bagi memastikan konsep InterNetwork Marketing dapat berfungsi dengan baik dan membuahkan hasil yang optimum, maka kami di Akademi Pemasaran Internet Mastermind telah mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit serta menggabungkan tenaga-tenaga pakar dalam bidang masing-masing termasuk pakar-pakar network marketing, internet marketing, pengurusan kewangan, motivasi dan keusahawanan bagi membina satu sistem sokongan yang lengkap dan padu yang kami namakan Sistem Sokongan ‘Jutawan Online Business Solutions’ (JOBS), yang diharapkan akan dapat membantu para usahawan yang berminat untuk menyertai Team Jutawan Network dalam satu Program Khas “Jutawan Network Affiliate Program”: Misi Membina Empayar Jutawan InterNetwork 2016/2017.

Sedikit ringkasan mengenai Sistem Sokongan ‘Jutawan Online Business System’ (JOBS) yang didasari dengan Komponen S.M.A.R.T.K.U. seperti berikut:

S – System: Pihak kami di Akademi (APIM) telah menyediakan satu sistem yang komprehensif yang telah siap dilengkapi dengan keperluan-keperluan Internet Marketing Power seperti Blog, Portal, Web AutoDownline, Landing Page, Auto Responder, Sales Funnel, Email Marketing, Video Email dan Webinar, sekadar menyebut beberapa keperluan, yang kini telah siap tersedia (Done For You System) untuk digunakan oleh ahli-ahli pasukan Jutawan Network Group secara PERCUMA!

Pada penilaian kami, sebenarnya sistem khidmat sokongan Sistem JOBS ini sahaja akan mempercepat dan mempermudahkan sebanyak 90% daripada usaha dan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli pasukan untuk berjaya di dalam kedua-dua cabang perniagaan Internet Marketing dan Network Marketing ini!

M – Mentor: Di Akademi (APIM), kami telah menyediakan Mentor-Mentor terbaik yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan seperti pemasaran networking, internet marketing, pengurusan kewangan, kepimpinan dan keusahawanan yang akan dapat membantu, melatih dan membimbing ahli-ahli pasukan untuk mencipta kejayaan dalam menggapai impian!

A – Action: Kami telah siap sedia membekalkan ahli-ahli pasukan dengan satu Pelan Tindakan yang berasaskan ‘Action Oriented’ dan ‘Result Oriented’ yang mana pelan ini diperkukuhkan melalui program latihan dan bimbingan yang komprehensif yang dinamakan sebagai F.A.S.T. Impact Training Program yang merangkumi program latihan secara Online dan Offline bagi menghasilkan satu impak revolusi yang pantas, padu dan menghasilkan!

R – Revenue: Bagi memastikan impian menjadi satu kenyataan, maka pihak kami di Akademi APIM telah melancarkan satu Projek Khas supaya satu gerakan tumpuan yang tersusun dan sistematik dapat dilakukan bagi menghasilkan satu impak revolusi yang lebih pantas, padu dan jitu! Di bawah Projek Khas ‘Smart Jutawan Online’: Membina Empayar Jutawan InterNetwork 2015/2016 yang dikendalikan di bawah platform Jutawan Network, kami telah melakukan langkah-langkah penilaian yang sangat ketat dan strategik bagi memilih hanya program-program terbaik untuk disasar dan diledakkan bagi menjana pendapatan hebat berlipat ganda daripada ‘Multiple Source of Income’ dalam 1 Sistem!

T – Tools: Peralatan sangat penting sebagai ‘Leverage’ bagi memudahkan dalam banyak urusan. Dengan alat-alatan yang baik dan betul, orang biasa-biasa bisa menjadi seorang yang Luar Biasa hebatnya! Namun hakikatnya, peralatan yang bagus pada kebiasaannya adalah mahal yang adakalanya sangat sukar untuk dimiliki oleh kebanyakan orang, apatah lagi untuk diambilkira penyediaannya yang adakalanya juga agak menyukarkan dari sudut teknikalitinya!

Tetapi jangan risau, ia tidak berlaku di sini! Sistem JOBS ini telah dilengkapi sebahagian besar peralatan terbaik yang diperlukan Tanpa Kos dan Tanpa Teknikaliti yang diperlukan di pihak rakan-rakan pasukan. Hanya yang diperlukan, anda terus boleh gunakan peralatan mudah-guna yang telah siapsedia digunakan ini tanpa ragu-ragu atau was-was, atau jika perlu, akan diajar, dilatih dan dibimbing oleh mentor-mentor yang disediakan sehingga benar-benar bisa menghasilkan sesuatu yang Luar Biasa!

K – Knowledge: Memang tidak dinafikan, Ilmu menjadi tonggak kepada semua yang tersebut di atas! Kesemua Komponen S.M.A.R.T. di atas perlu disulami dan diasaskan dengan ilmu! Atas dasar ilmu ini jugalah wujudnya Akademi APIM, cuma digerakkan dengan pendekatan dan strategi yang agak berbeza dan unik yang lebih berteraskan kepada aspek ‘Action Oriented’ dan ‘Result Oriented’!

Untuk itu, satu modul khas untuk Usahawan mencapai hasil yang pantas dan berkesan, F.A.S.T. Impact Training Program telah dirangka bagi menghasilkan satu impak revolusi yang pantas, padu dan menghasilkan! Di samping itu, K-Marketing atau Content Marketing atau juga disebut Inbound Marketing telah dirangka untuk menjadi asas kepada JutawanNetwork.com ini sendiri!

U – Unity: Uniti di sini bermaksud kesatuan, penyatuan, kesepaduan, sinergi dan seumpamanya! Dengan uniti, sesuatu tugasan akan menjadi lebih mudah, fokus, jitu dan padu bagi menghasilkan keputusan yang lebih berkesan! Faktor uniti ini sangat diperlukan dalam apa juga urusan lebih-lebih lagi untuk melaksanakan satu tugasan besar dan sukar serta bagi mencapai satu sasaran dan impian yang sangat besar!

~  Jutawan Network Marketing & Akademi Pemasaran Internet Mastermind, Shah Alam, Malaysia

Untuk Sebarang Pertanyaan: 03-5523 2354 atau 012-924 1160

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button