Asas PerancanganBajet dan Aliran TunaiPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Kewangan Berkesan Untuk Pasangan Muda

Majlis perkahwinan yang mewah adalah idaman hampir setiap pasangan kerana ia berlaku mungkin hanya sekali dalam seumur hidup. Namun begitu, dalam merancang majlis perkahwinan dan rumahtangga, ramai pasangan muda melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan yang boleh menjejaskan masa hadapan mereka.

Sediakan diri anda untuk kebahagiaan rumahtangga dan kebebasan kewangan dengan mengikuti panduan untuk pasangan muda.

  1. Fahami Bagaimana Pasangan Anda Membelanjakan Wang

Wang boleh menjadi isu sensitif bagi semua pihak, tidak terkecuali pasangan muda. Setiap pasangan harus memahami hubungan masing-masing dengan wang sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi komitmen kewangan bersama-sama.

Anda harus mengetahui tabiat berbelanja pasangan anda. Dengan memahami sifat pasangan anda tentang wang, anda boleh merancang hal kewangan dengan lebih berkesan.

  1. Bincang Soal Wang Sebelum Berkahwin

Hari perkahwinan adalah hari paling penting dalam kehidupan anda bersama. Walau bagaimanapun, realiti hanya akan datang selepas majlis tersebut berakhir. Jadi, anda harus berbincang tentang soal komitmen jangka masa panjang sebelum anda melangkah ke pelamin.

Adakah anda berdua mahu menjadi rakan kongsi yang setara dalam hal kewangan atau perkongsian setara itu mustahil? Apa yang penting di sini ialah komunikasi yang kerap dan jujur. Bincangkan sejarah dan matlamat kewangan masing-masing, termasuklah topik yang digeruni iaitu hutang bersama. Lebih awal anda mencapai kata sepakat dengan pasangan anda, lebih senang perhubungan anda dengan pasangan anda dalam aspek kewangan.

  1. Bincangkan Matlamat Kewangan Jangka Masa Panjang

Matlamat kewangan boleh berubah dari semasa ke semasa. Ia bukan satu ketetapan pasti yang dicapai dengan hanya satu perbincangan. Luangkan masa setiap bulan untuk duduk berbincang tentang soal wang, menilai keadaan dan mengatur semula matlamat kewangan bersama.

Perbincangan bulanan ini adalah masa yang terbaik untuk berbincang tentang kereta baharu yang diidamkan atau percutian ke luar negara yang diimpikan. Jika anda berdua jelas tentang apa yang anda mahukan, lebih mudah bagi anda merealisasikan matlamat bersama.

  1. Mulakan Belanjawan Yang Realistik (Dan Berpegang Padanya)

Memulakan satu belanjawan yang konsisten mampu membantu anda dan pasangan pada masa hadapan. Langkah pertama ialah dengan melihat gaji bulanan dan perbelanjaan masing-masing.

Jika anda sedang merancang perkahwinan, fikirkan jumlah yang mampu dibelanjakan dan jumlah yang boleh disimpan. Cara terbaik untuk merancang belanjawan bagi perkahwinan ialah dengan mengurangkan jumlah pendapatan dan melebihkan anggaran kos di dalam belanjawan anda. Di samping itu, anda juga masih perlu menyimpan untuk keperluan kecemasan.

  1. Sejajarkan Pelan Simpanan Persaraan ANDA

Persaraan yang selesa boleh dimiliki dengan merancang lebih awal. Setiap pasangan perlu meneliti pelan persaraan daripada majikan masing-masing dan pastikan setiap manfaat yang ada daripada pelan tersebut digunakan.

  1. Pastikan Komunikasi Anda Jujur Dan Terbuka

Dalam perhubungan dan juga kehidupan, amat penting bagi kita memastikan komunikasi adalah jujur dan terbuka. Apa sahaja isu yang tersorok tentang hutang atau perbelanjaan pastinya akan mendatangkan kerumitan dan merosakkan pelan kewangan bersama.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan perbualan terbuka dalam “janji temu kewangan” bulanan anda. Inilah peluang bagi anda menilai semula pelan kewangan bersama agar ia memenuhi kehendak dan gaya hidup anda.

  1. Mulakan Perancangan Keluarga Dari Awal

Anda perlu bersedia untuk menimang cahaya mata. Namun begitu, kos membesarkan anak di Malaysia agak tinggi. Perancangan yang ideal perlu bermula sebelum anak dilahirkan agar anda mempunyai masa untuk membina kekuatan kewangan sebagai persediaan untuk menghadapi waktu tersebut.

  1. Bersedia Untuk Menghadapi Apa Jua Keadaan

Kadangkala anda akan menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti mesin basuh atau kenderaan rosak ataupun yang melibatkan soal kesihatan. Amat penting bagi anda memiliki sejumlah wang yang mampu menolong anda dalam situasi ‘kemalangan’ yang lazimnya muncul entah dari mana.

Apabila anda merancang untuk berkahwin dan memulakan keluarga, soal kematian juga perlu difikirkan. Seeloknya anda memiliki insurans nyawa atau takaful keluarga agar pasangan anda dapat dilindungi jika anda tiada kelak.

  1. Melabur Dengan Bijak

Memulakan sesuatu pelaburan tidak memerlukan modal jutaan ringgit di dalam bank. Bagaimanapun, ia memerlukan fokus jangka masa panjang untuk anda membina aset bersama. Pelaburan anda mungkin bermodal serendah RM5,000 tetapi pastikan anda melaburkan jumlah yang anda selesa pada setiap bulan. Ini termasuk membina jaring keselamatan dengan jumlah gaji selama enam bulan sebelum anda memulakan portfolio pelaburan anda.

Sumber : AIA/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 105/Januari 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button