Pengguna
Keselamatan Perbankan Internet

Perkara yang anda PERLU lakukan
- Pastikan kata laluan/nombor PIN anda disimpan dengan selamat. Jika perlu, hafal dan tukar kata laluan anda dari semasa ke semasa.
- Semasa anda login, sila lihat alamat http:// pada URL.
- Pastikan anda keluar sepenuhnya setiap kali sesi perbankan internet selesai dilakukan dan tidak hanya menutup browser.
- Sekiranya anda tidak yakin terhadap ciri-ciri keselamatan pada komputer, jangan lakukan transaksi perbankan internet.
- Gunakan perisian antivirus yang terkini seperti anti-spyware dan firewall.
- Pastikan komputer dan laman sesawang yang anda lawati adalah yang terkini dan benar-benar tulen.
- Sentiasa periksa tarikh dan masa, pastikan tarikh dan masa terakhir anda layari laman sesawang tersebut.
Perkara yang anda JANGAN lakukan
- Jangan “klik” sebarang e-mel yang mempunyai “link” atau akses kepada laman sesawang perbankan internet.
- Jangan berikan respon pada sebarang e-mel yang meminta maklumat peribadi anda, termasuk maklumat akaun bank anda.
- Jangan tinggalkan komputer anda tanpa pengawasan apabila anda sedang mengendalikan transaksi perbankan internet.
Laporkan sebarang penipuan internet kepada
CyberSecurity Malaysia di
cyber999@cybersecurity.my
Tel: 1-300-88-2999
Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 25/Mei 2012