PenggunaPengurusan HutangPengurusan KewanganPinjaman

Kesan Kadar Faedah Ke atas Wang Pinjaman

Faedah ialah caj yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam atau keuntungan yang diperoleh daripada wang yang didepositkan. Kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman adalah ukuran risiko yang diambil oleh pemberi pinjam. Semakin tinggi risikonya, maka semakin tinggilah kadar faedah yang dikenakan.

Biasanya ada 3 jenis kadar faedah yang terdapat di pasaran. Ini termasuk:-

1) Kadar sama rata

Faedah dikira berdasarkan jumlah asal nilai pinjaman sepanjang tempoh pinjaman.

2) Kadar tetap

Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar faedah yang tidak berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman.

3) Kadar terapung

Faedah dihitung berdasarkan baki pinjaman semasa, dengan kadar faedah bersandarkan pada indeks atau kadar asas. Kadar ini boleh berubahubah sepanjang tempoh pinjaman. Indeks atau kadar asas faedah yang paling biasa digunakan ialah Kadar Pinjaman Asas (KPA).

Faedah kadar sama rata biasanya adalah lebih tinggi atau mahal kerana ia dihitung di atas jumlah asal pinjaman yang dibuat dan dikenakan sepanjang tempoh pinjaman. Sebaliknya, faedah kadar tetap dan faedah terapung pula dikira berdasarkan baki pinjaman semasa.

Memahami faedah kompaun

Faedah kompaun pada dasarnya seperti faedah biasa. Ia dikira ke atas pinjaman pokok dan juga faedah terkumpul. Pengiraan faedah adalah secara tahunan, bulanan atau harian. Kesan faedah lebih ketara mengikut kekerapan pengiraan faedah kompaun.

Faedah kompaun juga boleh diibaratkan sebagai pedang bermata dua, iaitu sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Selain memberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi, faedah kompaun juga menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman atau hutang kad kredit.

Amalan ini biasanya digunakan dalam pengiraan hutang kad kredit dan juga pengiraan pinjaman perumahan.

Sumber : Buku “POWER ! Pengurusan wang ringgit anda oleh AKPK”/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 23/Mac 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button