Pelan Perbelanjaan

Keperluan Lawan Kehendak

Anda sedang berjalan di sebuah pusat membelibelah. Anda terpandang sehelai jaket kulit yang anda sangat inginkan. Mungkin jaket penting untuk memastikan badan anda sentiasa hangat sewaktu musim hujan. Tetapi perlukah membeli jaket kulit yang berjenama mahal?

Ada perkara yang anda perlukan dan ada pula yang anda inginkan. Ada juga perkara yang jika tidak ada pun tidak mengapa.

Bagaimana untuk membezakan antara kedua-dua perkara ini?

Keperluan ialah perbelanjaan yang anda perlu ada supaya anda dapat menjalani kehidupan setiap hari.

Berikut ialah antara senarai perbelanjaan dalam kategori keperluan:

  • Rumah;
  • Kenderaan;
  • Insurans;
  • Petrol dan eletrik;
  • Makanan

Kehendak pula ialah perbelanjaan yang menjadikan kehidupan anda lebih selesa. Anda boleh menjalani kehidupan seperti biasa walaupun kehendak tersebut tiada.

Sebagai contoh, minuman ialah keperluan, tetapi minuman seperti mocha dan latte adalah kehendak.

Apakah yang tergolong sebagai ‘kehendak’?

Antara perkara yang menjadi kehendak ialah:

  • Melancong;
  • Hiburan;
  • Pakaian berjenama;
  • Keahlian gimnasium;
  • Memandu kereta mahal.

Namun, keperluan dan kehendak bagi setiap orang tidak sama.

Leslie H. Tayne, pengasas Tanyne Law Group, sebuah firma guaman yang menguruskan hutang di bandar New York, telah memberikan kaunseling kepada pelanggan beliau tentang pengurusan kewangan peribadi. Hasil daripada kajian beliau, konsep antara keperluan dan kehendak, mempunyai kaitan dengan faktor psikologi manusia. Sebagai contoh, anda memerlukan kereta untuk pergi bekerja setiap hari. Tetapi kereta dengan bayaran ansuran sebanyak RM2,000 sebulan di luar daripada kemampuan anda.

Akibat nak ‘bergaya tak kena masa’

Bagi sesetengah orang, ini merupakan kemewahan yang mereka perlukan. Bagaimana untuk mengetahui sama ada itu adalah keperluan atau kehendak?

Contoh soalan yang sering digunakan adalah seperti berikut:

“Adakah orang itu boleh hidup tanpa perkara tersebut?”

Jika sesuatu perkara itu tidak diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian, maka ia adalah kehendak.

Tiga cara menyusun ‘keperluan’ dan ‘kehendak’

Mulakan dengan menyenaraikan semua barang yang dibeli, seperti tisu, alat mandian, hingga insurans nyawa.

Bahagikan kepada dua bahagian. Satu ‘keperluan’ dan satu lagi ‘kehendak.’

Bagi kebanyakan orang, mereka akan meletakkan pelan telekomunikasi dan insurans dalam kategori ‘keperluan.’ Langganan TV satelit pula sebagai ‘kehendak.’

Jumlahkan kesemuanya, dan selaraskan mengikut perkara yang lebih utama.

Mengikut NerdWallet (sebuah laman sesawang penasihat kewangan), menyarankan bajet 50/30/20:

  • 50% untuk belanja ‘keperluan,’
  • 30% untuk belanja ‘kehendak,’ dan
  • 20% untuk ‘simpanan’ dan bayar hutang.

Jika perbelanjaan anda tidak sepadan dengan senarai yang dibuat, apa yang anda perlu lakukan?

Anda boleh membuat perubahan seperti berikut:

1. Lihat senarai yang anda buat

Semak semula senarai yang anda buat. Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang, iaitu perkara yang diletakkan dalam kategori ‘keperluan,’ tetapi sebenarnya adalah ‘kehendak.’

2. Rangka balik perbelanjaan ‘keperluan’

Walaupun anda perlu membayar sesuatu perkara (sebagai contoh insurans), ia tidak bermakna anda perlu membayar pada harga melebihi daripada harga yang sepatutnya.

Hubungi syarikat insurans dan dapatkan pelan yang bersesuaian dengan kedudukan kewangan anda.

3. Kurangkan perbelanjaan ‘kehendak’

Ini mudah dilakukan, namun tidak semua orang sanggup melakukannya.

Ini tidak bermakna anda langsung tidak boleh berbelanja, tetapi cuba kurangkan. Jika anda ingin membeli barang yang berharga mahal, kumpul wang untuk membelinya kemudian.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 98/Jun 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button