Pengguna

Kepentingan Membuat Perjanjian Penyewaan

Perjanjian penyewaan biasanya dilakukan antara pihak pemilik dengan penyewa. Menyewakan aset seperti rumah kepada orang lain ada risikonya, terutama apabila penyewa tidak menepati tarikh bayaran sewa bulanan dan tidak menjelaskan bil-bil utiliti. Rungsing dengan aset yang disewakan, maka anda boleh menyediakan perjanjian penyewaan supaya kepentingan kedua-dua belah pihak dapat persetujui secara bersama.

Kepentingan mempunyai perjanjian penyewaan adalah seperti berikut:-

  1. Menetapkan kadar sewaan dan tempoh kepada penyewa

Dengan perjanjian ini, pemilik perlu mengikut dokumen perjanjian dan tidak boleh menaikkan kadar sewa dalam tempoh perjanjian. Secara tidak langsung perjanjian ini juga melindungi hak penyewa.

  1. Melindungi Deposit Penyewa

Perjanjian juga penting sebagai bukti bahawa penyewa telah membayar sejumlah deposit kepada pemilik. Deposit itu akan dikembalikan kepada penyewa setelah tamat tempoh sewaan. Tanpa perjanjian, pemilik boleh menafikan sebarang urus niaga yang telah berlaku pada masa lalu. Di samping itu, perjanjian penyewaan juga menggariskan secara jelas tentang tanggungjawab pemilik dan penyewa sepanjang tempoh sewaan.

  1. Memberi kelebihan kepada pemilik

Salah satu kriteria yang digunakan oleh bank-bank utama untuk mengakses kredit seseorang adalah melalui pendapatan individu. Sekiranya pemilik mempunyai perjanjian penyewaan yang sah, maka perjanjian ini boleh dijadikan sebagai bukti pendapatan tambahan bagi menyokong permohonan pinjaman anda dengan pihak bank. Ia merupakan satu kelebihan kepada pemilik.

  1. Melindungi hak pemilik

Perjanjian penyewaan perlu mempunyai klausa yang melindungi pemilik rumah, seperti pemilik berhak menuntut bayaran sewa tertunggak kepada penyewa, pemilik rumah boleh memfailkan saman pengusiran di mahkamah dengan perjanjian sebagai bukti. Sebarang pertikaian antara pemilik dan penyewa boleh dirujuk kepada kontrak penyewaan.

Perjanjian penyewaan juga memberikan hak kepada pemilik untuk melucut hak deposit sekiranya berlaku kerosakan harta benda. Hak untuk kehilangan deposit juga memastikan penyewa mematuhi tempoh pembiayaan, sekiranya penyewa berpindah secara tiba-tiba tanpa notis.

  1. Anda tidak memerlukan Kontrak Penyewaan sekiranya

Terdapat beberapa sebab kerana tidak mempunyai kontrak penyewaan. Tempoh sewaan jangka pendek seperti 3 hingga 6 bulan. Biasanya penyewa mendapatkan rumah sewa untuk jangka pendek, seperti menunggu untuk pengubahsuaian rumah atau bekerja sementara di sesuatu tempat. Anda dinasihatkan untuk menyediakan perjanjian sewaan dengan penyewa agar hak anda dan penyewa dapat dilindungi.

Sumber : loanstreet.com.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 54/Oktober 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button