Pelan PenyimpananPenggunaPengurusan Kewangan

Kepentingan Membuat Penamaan KWSP

Penamaan KWSP membolehkan anda menamakan waris sebagai penerima ataupun pentadbir simpanan KWSP anda. Ahli yang berumur 18 tahun dan ke atas dinasihatkan dan digalakkan untuk membuat penamaan bagi memudahkan pengeluaran simpanan oleh waris sekiranya ahli meninggal dunia.

Bagaimana untuk membuat penamaan?

Penamaan merupakan proses yang mudah. Anda hanya perlu mengisi Borang Penamaan KWSP 4 (AHL) dengan lengkap dan menghantarnya ke manamana pejabat KWSP yang berhampiran. Borang ini perlu diterima oleh KWSP semasa hayat anda. Borang boleh didapati di kaunter KWSP atau dimuat-turun dari www.kwsp.gov.my

Bolehkah saya menamakan lebih daripada satu penama?

Ya, anda boleh menamakan lebih daripada seorang penama sebagai penerima/pentadbir simpanan KWSP anda apabila anda meninggal dunia. Anda perlu mengisikan nama dan peratusan yang akan diterima oleh penama di dalam Borang Penamaan KWSP 4 (AHL).

Bolehkah saya menukar penama?

Ya, anda boleh menukar penama, terutamanya apabila berlakunya perubahan status seperti perkahwinan, perceraian, dan pertambahan anggota keluarga. Untuk mengemas kini penamaan, anda hanya perlu mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 (AHL) yang baru kepada cawangan KWSP yang terdekat. Penamaan terdahulu akan terbatal dengan sendiri apabila KWSP menerima borang yang terbaru.

Siapakah yang diiktiraf untuk menjadi saksi penamaan?

Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda kecuali individu yang dinamakan di dalam Borang Penamaan itu.

Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam

Bagi ahli yang beragama Islam, penama bukanlah penerima mutlak simpanan tetapi mereka ini berperanan sebagai wasi/pentadbir untuk mengagihkan simpanan ahli kepada waris-waris yang berhak berdasarkan hukum Faraid.

Adakah wasiat boleh menggantikan penamaan KWSP?

Wasiat tidak boleh menggantikan penamaan KWSP dan penama berhak ke atas simpanan KWSP tanpa mengambil kira kandungan wasiat tersebut.

Wasiat tidak boleh menggantikan penamaan KWSP dan penama berhak ke atas simpanan KWSP tanpa mengambil kira kandungan wasiat tersebut.

Selain itu, perkahwinan atau perceraian juga tidak akan mengubah status penamaan yang telah dibuat. Oleh itu, adalah penting agar ahli mengemaskinikan penamaan mereka dari semasa ke semasa.

Bolehkah penamaan tersebut dibatalkan?

Ya, penamaan anda akan terbatal secara automatic sekiranya:

  • Penama meninggal dunia semasa ahli masih hidup;
  • Ahli membuat notis pembatalan;
  • Ahli mengemas kini penama yang baru;
  • Ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun, Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Kurang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen. Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan sekiranya anda memutuskan untuk mencarum semula.

Apakah yang akan terjadi kepada simpanan yang tidak mempunyai penama?

Bagi ahli yang tidak mempunyai penama, bayaran akan dibuat kepada waris terdekat ahli, yang pada pendapat KWSP, berhak menerima pusaka ahli tertakluk kepada jumlah simpanan ahli seperti berikut:

  • Jumlah simpanan tidak melebihi RM2,500

>   Semua simpanan ahli akan dibayar kepada waris.

  • Jumlah simpanan yang melebihi RM2,500 dan kurang daripada RM25,000

>   Untuk permohonan yang diterima kurang dua bulan dari tarikh kematian ahli, waris terdekat, akan menerima bayaran permulaan sebanyak RM2,500, manakala bakinya akan dibayar selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli.

>   Jika permohonan diterima selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli, semua simpanan akan dibayar sekali gus kepada waris ahli.

  • Jumlah simpanan yang melebihi RM25,000

>   Untuk permohonan diterima kurang dua bulan dari tarikh kematian ahli, sejumlah RM2,500 akan dibayar sebagai ansuran pertama kepada waris terdekat. Bayaran kedua tidak melebihi RM17,500 akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli, atau

>   Bayaran RM20,000 kepada waris jika permohonan diterima selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli, dan

>   Bakinya akan dibayar kepada waris atau orang yang mengemukakan Sijil Faraid / Surat Kuasa mentadbir / Surat Probet atau Perintah Pembahagian.

Bagaimana caranya untuk menyemak status penamaan?

Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh:-

  • Datang sendiri ke Kaunter Pejabat KWSP yang berhampiran;
  • Menulis surat kepada:-

Unit Penamaan,
Seksyen Pendaftaran,
Pejabat KWSP Petaling Jaya,
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.

Anda perlu mengemukakan kad pengenalan untuk semakan di kaunter, manakala untuk semakan secara bertulis, anda perlu menyertakan salinan kad pengenalan / myKad.

Bilakah bayaran akan dibuat kepada penama saya?

Sekiranya ahli telah membuat penamaan, KWSP akan membayar baki simpanan ahli yang telah meninggal dunia itu terus kepada penamanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penamaan, sila kunjungi pejabat KWSP yang terdekat, hubungi pusat panggilan di 03-8922 6000 atau layari www.kwsp.gov.my

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 20/Disember 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button