Pelan Pelaburan

Kenali Ciri-Ciri Pelaburan Haram

Kenapa masih ramai tertipu dengan pelaburan haram? Walaupun pelaburan haram ini sudah wujud di Malaysia sejak dari dulu lagi, tetapi masih ramai yang tertipu. Ada beberapa cara untuk mengenal pasti penipuan ini, terutamanya yang berkaitan dengan pelaburan.

Pengambilan Deposit

Jika anda ingin melabur dalam sesuatu pelaburan, wang pelaburan tersebut sepatutnya dibayar ke dalam akaun syarikat yang anda ingin melabur. Namun jika wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun individu atau syarikat pihak ketiga, anda perlu berhati-hati. Tidak kira sama ada bayaran dibuat secara tunai, melalui cek atau pemindahan ke dalam akaun bank, sesebuah syarikat yang ingin menerima deposit daripada orang ramai untuk tujuan pelaburan perlu memiliki lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM) seperti bank atau syarikat kewangan.

Keuntungan

Semua orang mudah dikaburkan dengan kadar keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun kadar pulangan keuntungan tersebut perlu berpatutan berdasarkan jenis pelaburan. Jika pulangan berdasarkan berapa ramai downline yang berada di bawah anda, maka anda perlu berwaspada. Apa kaitan untung pelaburan dengan bilangan downline pula?

Risiko

Ramai penganjur pelaburan haram yang mendakwa pelaburan mereka tidak mempunyai risiko langsung. Ini merupakan dakwaan klise yang perlu anda berhati-hati. Tidak ada pelaburan yang tidak mempunyai risiko. Setiap pelaburan ada untung dan rugi.

Dokumen rujukan

Dalam apa juga jenis pelaburan, perlu ada dokumen rujukan, seperti prospektus. Prospektus tersebut perlu diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Jika pelaburan yang ditawarkan kepada anda tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh dijadikan rujukan terhadap pelaburan tersebut, ia adalah pelaburan haram.

Produk

Apabila anda ingin melabur, anda perlu tahu jenis produk pelaburan tersebut, seperti adakah pelaburan tersebut merupakan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs), unit amanah dan sebagainya. Anda perlu mengetahui bagaimana pelaburan tersebut boleh menjana keuntungan dan apakah faktor yang mempengaruhi prestasi untung rugi pelaburan.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 95/Mac 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button