Pelan Pendapatan

Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas akibat banjir

Bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia pada penghujung 2014 dan awal 2015 telah mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan besar kepada infrastruktur awam, kawasan perumahan dan juga perniagaan. Walaupun banjir ini telah lama surut, mangsa-mangsa termasuk golongan usahawan, masih lagi mengalami kesukaran untuk memulih dan meneruskan perniagaan masing-masing.

Untuk meringankan beban perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini, Bank Negara Malaysia telah menubuhkan Kemudahan Bantuan Khas dengan peruntukan dana berjumlah RM500 juta. Di bawah Kemudahan ini, perniagaan yang terjejas akibat banjir boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar yang lebih rendah daripada institusi-institusi kewangan peserta. Di samping itu juga, Bank Negara Malaysia akan menjamin 60% risiko kredit bagi pembiayaan yang diluluskan, melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

Ciri-ciri utama Kemudahan Bantuan Khas

Tujuan pembiayaan

  • Modal kerja dan kerja pembaikan dan pembelian peralatan yang rosak akibat banjir (Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan pembiayaan sedia ada);
  • Disediakan untuk PKS milik warganegara Malaysia dalam semua sektor ekonomi yang terbabit di daerah yang dikenal pasti oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri sebagai kawasan bencana banjir
  • Jumlah pembiayaan maksimum ialah RM500,000 bagi setiap kumpulan syarikat; (Jumlah pembiayaan agregat bagi setiap syarikat pemegangan (holding company))
  • Kadar pembiayaan efektif adalah tidak melebihi 2.25% setahun; dan
  • Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun, dengan tempoh penangguhan bayaran selama 6 bulan. Permohonan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2015 atau sehingga semua peruntukan digunakan sepenuhnya, yang mana terdahulu.

Kemudahan Bantuan Khas oleh Bank Negara Malaysia ini melengkapi beberapa langkah yang diumumkan oleh institusi kewangan dan syarikat insurans, seperti penangguhan sementara pembayaran balik pembiayaan, penyusunan semula atau penjadualan semula pembiayaan dan pengecualian atas caj transaksi dan/atau program pembiayaan bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan membantu memulihkan operasi perniagaan PKS.

Orang awam dinasihatkan agar menghubungi terus pusat khidmat pelanggan institusi kewangan peserta untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau menghubungi BNM TELELINK untuk bantuan khidmat nasihat yang berkaitan.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 58/Februari 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button