Pelan PerbelanjaanPengurusan Kewangan

Kawal Belanja Supaya Lebih Terurus

Jika anda sentiasa mengalami kesukaran untuk mengawal diri daripada nafsu berbelanja berlebihan, mungkin anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mengawal perbelanjaan anda.

  1. Catat perbelanjaan setiap hari
  • Mulakan dengan mencatat semua perbelanjaan yang dilakukan setiap hari.
  • Gunakan kemudahan komputer, tablet atau telefon pintar untuk membuat catatan perbelanjaan.
  • Gunakan aplikasi pengurusan kewangan telefon pintar yang sesuai dengan keperluan anda.
  1. Jejak perbelanjaan
  • Tujuan catatan adalah untuk mengesan perbelanjaan anda.
  • Anda boleh melihat pola perbelanjaan anda sendiri, sama ada wang anda dibelanjakan dengan betul atau tidak.
  1. Kenal pasti setiap perbelanjaan
  • Melalui catatan yang dibuat, kategorikan setiap perbelanjaan yang dibuat mengikut keperluan dan kemahuan.
  • Perbelanjaan keperluan adalah untuk memenuhi keperluan asas hidup, contohnya perbelanjaan dapur, makanan, bil air, bil elektrik, bayaran pinjaman / sewa rumah, nafkah dan pakaian.
  • Perbelanjaan kemahuan pula untuk memenuhi tuntutan gaya hidup, seperti perbelanjaan hiburan, percutian dan hobi.
  • Mengenal pasti setiap perbelanjaan itu, sama ada perbelanjaan tetap atau boleh ubah.
  • Perbelanjaan tetap agak sukar untuk dikurangkan, kecuali anda mengambil langkah yang drastik seperti membuat pembiayaan semula bayaran kereta dan bayaran rumah.
  • Perbelanjaan boleh ubah boleh dikurangkan supaya aliran tunai menjadi lebih baik.
  1. Sediakan bajet sendiri
  • Kenal pasti setiap perbelanjaan dan cara untuk mengurangkan perbelanjaan dengan menyediakan bajet.
  • Senaraikan dan tetapkan jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk setiap perbelanjaan.
  • Potong mana-mana perbelanjaan yang dirasakan tidak perlu dan membazir.
  • Kurangkan peruntukan untuk perbelanjaan-perbelanjaan kemahuan.
  • Pastikan jumlah perbelanjaan nanti adalah lebih kecil berbanding pendapatan, dan diperuntukkan sedikit untuk simpanan.
  1. Ikut bajet yang dibuat
  • Bajet yang dibuat perlu diikuti dan dipatuhi sepenuhnya.
  • Apabila gaji atau pendapatan diperoleh, keluarkan duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan yang ditetapkan.
  • Asingkan terus mengikut setiap perbelanjaan yang diperuntukkan.
  • Boleh menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mengasingkan perbelanjaan – sampul surat, bekas plastik dan sebagainya – belanja mengikut apa yang diperuntukkan dalam sampul atau bekas plastik. Jika ada lebihan, masukkan dalam simpanan.
  • Disiplinkan diri untuk berbelanja mengikut jumlah yang diperuntukkan sahaja.
  1. Semak semula bajet dari semasa ke semasa
  • Bajet yang dibuat tidak terlalu ketat, boleh diubah suai dan disesuaikan dengan pendapatan dan keperluan semasa.
  • Bajet perlu disemak dari semasa ke semasa dan diubah suai agar tidak menyusahkan diri. Pada masa yang sama, dapat membantu anda mencapai matlamat kewangan yang diingini.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 94/Februari 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button