PenggunaPerancangan Kewangan

Kadar Rujukan Baharu Menggantikan Kadar Pinjaman Asas

Berkuat kuasa 2 Januari 2015, Kadar Asas akan menggantikan Kadar Pinjaman Asas / Kadar Pembiayaan Asas (Base Lending Rate, BLR / Base Financing Rate, BFR) sebagai rujukan utama bagi menentukan faedah / keuntungan ke atas pinjaman / pembiayaan runcit kadar terapung.

Apakah jenis pinjaman yang terkesan berikutan pelaksanaan Kadar Asas?

  • Pinjaman / pembiayaan di mana kadar faedah keuntungan adalah mengikut kadar terapung, contohnya pinjaman perumahan atau sewa beli.

Panduan Pengguna Mengenai Kadar Rujukan

  • Pinjaman / pembiayaan runcit kadar terapung baharu yang di pohon pada atau selepas 2 Januari 2015.
  • Pinjaman/pembiayaan sedia ada yang terikat (pegged) kepada BLR / BFR akan diteruskan sehingga tarikh matang.

Adakah Kadar Asas meningkatkan kos pinjaman?

  • Peralihan kepada Kadar Asas tidak akan menjejaskan kadar pinjaman efektif yang dikenakan ke atas pinjaman/pembiayaan kadar terapung.

Untuk rujukan mudah, sila rujuk kepada Panduan Pengguna seperti di atas.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 55/November 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button