PenggunaPerancangan Kewangan

Kad Kredit dan Anda

Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang menyenangkan kerana ia boleh digunakan bila-bila masa sahaja untuk membuat pembelian di kebanyakan kedai. Walau bagaimanapun, jika anda tidak menggunakannya secara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, anda mungkin telah berbelanja di luar kemampuan anda dan terjerumus ke kancah kemelut kewangan. Mengikut Buletin Statistik Bulanan 2011 terbitan Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat 8.5 juta kad kredit dalam edaran pada tahun 2010.

Walaupun ramai pengguna telah tahu mengenai fungsi kad kredit, namun begitu, terdapat beberapa perkara yang masih menjadi persoalan di kalangan pengguna. Antaranya seperti berikut:

  1. Pendedahan kepada caj tidak sah sekiranya kad kredit dicuri atau hilang

Kebiasaannya, pemegang kad tiada tanggungan terhadap transaksi tidak sah sekiranya telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh BNM, tanggungan maksimum pemegang kad untuk transaksi tidak sah disebabkan oleh  kehilangan atau kecurian kad kredit adalah tidak melebihi RM250, sekiranya pemegang kad tidak melakukan penipuan dan berjaya untuk memaklumkan kepada pengeluar kad kredit secepat mungkin selepas mendapati kadnya telah hilang atau dicuri.

Pemegang kad dinasihatkan untuk berbincang dengan pengeluar kad kredit berhubung kehilangan atau kecurian tersebut dan menyertakan laporan polis sebagai dokumen sokongan. Sekiranya pemegang kad tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima daripada pengeluar kad kredit, mereka boleh membuat aduan rasmi kepada unit aduan bank. Pemegang kad boleh memperoleh maklumat seperti pegawai yang boleh dihubungi, nombor telefon dan alamat e-mel daripada laman sesawang bank tersebut, dan juga boleh didapati daripada pautan di laman sesawang bankinginfo di www.bankinginfo.com.my.

Mengikut Buletin Statistik Bulanan 2011 terbitan Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat 8.5 juta kad kredit dalam edaran pada tahun 2010.

Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang kad masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pengeluar kad kredit, mereka boleh membuat aduan dengan merujuk kepada panduan membuat aduan di laman sesawang banking info.

  1. Caj cukai perkhidmatan untuk kad kredit dan kad caj

Bagi mempromosikan perbelanjaan berhemat, kerajaan telah mencadangkan cukai perkhidmatan dikenakan terhadap kad kredit dan kad caj, seperti berikut:

  • RM50 setahun bagi kad utama.
  • RM25 setahun bagi kad tambahan.

Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad kredit atau kad caj dikeluarkan, atau diperbaharui atau pada setiap tarikh genap dua belas bulan selepas tarikh kad dikeluarkan atau diperbaharui. Sebagai contoh, jika ulang tahun kad tersebut adalah pada bulan Januari, pemegang kad perlu membayar cukai tesebut pada bulan Januari. Tetapi sekiranya tarikh tersebut adalah pada bulan Disember, maka dia hanya perlu membayar cukai tersebut pada bulan Disember.

Cadangan ini telah berkuat kuasa sejak 1 Januari 2010.

Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan pada tarikh kad kredit atau kad caj dikeluarkan..

Kebiasaannya, pemegang kad tiada tanggungan terhadap transaksi tidak sah sekiranya telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh BNM, tanggungan maksimum pemegang kad untuk transaksi tidak sah disebabkan oleh kehilangan atau kecurian kad kredit adalah tidak melebihi RM250 …

  1. Pelunasan hutang si mati (pemegang kad kredit) oleh waris

Pengeluar kad kredit mempunyai hak untuk menuntut harta si mati untuk menjelaskan bayaran yang masih tertunggak. Walau bagaimanapun, terdapat pengeluar kad kredit yang memberi perlindungan insurans bagi menjelaskan bayaran tertunggak sekiranya pemegang kad meninggal dunia atau hilang keupayaan secara kekal.

  1. Kad kredit yang tidak diminta

Sewaktu menerima kad kredit, pengguna perlu membaca dan memahami terma dan syarat untuk menggunakan kad tersebut. Kemudian pengguna perlu menyatakan penerimaan terma dan syarat kepada pengeluar kad sama ada secara lisan atau bertulis untuk mengaktifkan kad yang diterima. Sebelum membuat pengesahan, pengguna adalah bebas daripada sebarang caj, yuran, pembayaran dan pembelian berkaitan kad tersebut. Pengguna tidak perlu melalui prosedur pembatalan sekiranya tidak berminat untuk menerima kad tersebut.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 11/Mac 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button