Pelan Perbelanjaan

Jualan Kredit Murah Tetapi Membebankan?

Jualan kredit bermaksud bahawa pembekal melakukan aktiviti pembekalan barang dan pembekalan secara kredit apabila barang itu dijual kepada pengguna yang tidak ingin / mampu membuat pembayaran yang sepenuhnya dalam satu transaksi.

Mengapa memilih jualan kredit?

Skim bayaran ansuran yang ditawarkan biasanya dapat mengurangkan bebanan kewangan ke atas individu yang tertentu.

Apakah hak pengguna melalui jualan kredit?

Peraturan Jualan Kredit 2012 mewajibkan penjual dan pemberi kemudahan kredit memaklumkan kepada pengguna secara lisan dan bertu lis mengenai beberapa maklumat penting sebelum urus niaga secara kredit dilaksanakan, seperti kadar faedah yang dikenakan, jumlah harga barangan termasuk faedah, caj sampingan, caj bayaran lewat dan formula pengiraannya.

Kesilapan yang pengguna biasa lakukan?

  1. Tidak mengemas kini bayaran yang telah dijelaskan kepada pihak penjual
  2. Tiada surat pelepasan sebagai bukti pengguna telah melangsaikan bayaran ansuran
  3. Menganggap penjelasan lisan daripada pihak penjual sebagai keputusan akhir

Apa yang penggguna perlu lakukan?

Membuat perbandingan harga dan kadar faedah yang ditawarkan. Hal ini kerana jumlah caj kadar faedah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang menjalankan jualan kredit tidak dikawal oleh mana-mana badan atau agensi kerajaan.

Sumber : FOMCA dan Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 84/April 2017

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button