Pelan PerbelanjaanPenggunaPengurusan Kewangan

Jimat Bil Elektrik Dengan Melakukan Audit Tenaga

Salah satu tabiat yang sering menjadi kebiasaan adalah membiarkan suis televisyen dan decoder berada dalam mod ‘standby’ apabila tidak digunakan. Dekoder yang berada dalam mod ‘standby’ ini menggunakan antara 85% – 90% tenaga elektrik. Bayangkan berapa banyak tenaga elektrik yang dibazirkan sekiranya ia tidak ditutup sepanjang malam atau 24 jam sehari.

Pemilihan perkakas-perkakas elektrik yang dilabelkan sebagai cekap tenaga menerusi ‘Star Rating’ juga dapat membantu anda mengurangkan bil elektrik. Antara peralatan-peralatan alternatif yang kurang menggunakan tenaga elektrik adalah TV yang menggunakan monitor LCD, cerek elektrik berbanding cerek yang dimasak menggunakan gas dan lampu kalimantang berbanding lampu mentol bulat.

Penjimatan elektrik juga dapat membantu anda mengurangkan penggunaan bahan api fosil, yang seterusnya membawa kepada pengurangan pelepasan karbon dioksida. Malah ia juga dapat membantu pengguna menjimatkan wang melalui penurunan bil elektrik.

Audit Tenaga

Bagaimana pengguna ingin melakukan penjimatan elektrik melalui penurunan bil elektrik? Jawapannya ialah dengan melakukan Audit Tenaga. Audit Tenaga merupakan kajian terhadap penggunaan tenaga dan kemudiannya mengenal pasti peluang penjimatan tenaga. Jika di rumah, ia boleh dianggap sebagai satu pemeriksaan bagaimana tenaga digunakan atau dikurangkan.

Cara untuk mengira penggunaan tenaga di rumah (Audit Tenaga):

  1. Penggunaan elektrik untuk satu peralatan (Watt) x 1jam/1000=kWj (unit tenaga)
  2. kWj x tarif TNB = RM (kos untuk satu hari untuk peralatan tersebut)
  3. RM x 30 hari = Kos tenaga untuk sebulan

Contoh:

TV : 300Watt

Tarif TNB = RM0.218/1kWj

  1. 300Watt x 1jam/1000 = 0.3kWj
  2. 3kWj x 0.218 = RM0.06
  3. 06 x 30 = RM1.80

Jika menonton TV selama satu jam sehari, kos tenaga untuk sebulan = RM1.80

Jika 5 jam, bersamaan dengan RM1.80 = RM9.00

Senaraikan semua peralatan elektrik di rumah:

*Dengan jadual di atas, anda boleh membezakan peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga.

Cara kira bil elektrik:

Jumlah kWj dalam sebulan = 267kWj

  1. 200kWj pertama      = RM0.218/kWj
    200kWj x RM0.218 = RM43.6
  2. 100kWj seterusnya  = RM0.334/kWj
    67kwj x RM0.33       = RM22.11Jumlah: RM43.6 + RM22.11 = RM65.71

Jadual tarif elektrik terkini daripada laman web Tenaga Nasional Berhad.

Kelebihan Audit Tenaga

Audit Tenaga dilakukan untuk mencari peluang bagi mengurangkan jumlah penggunaan tenaga secara bijaksana. Audit Tenaga juga menyediakan maklumat penting mengenai jumlah, di mana dan bagaimana tenaga digunakan setiap hari. Antara kelebihan melakukan Audit Tenaga adalah:

  1. Menjadikan rumah lebih cekap tenaga.
  2. Menjimatkan wang dan bil elektrik.
  3. Membantu mengurangkan perubahan iklim melalui pengurangan pengeluaran ‘jejak karbon’ anda.

Sumber : FOMCA/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 49/Mei 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button