Pelan PerbelanjaanPengurusan Kewangan

Jimat Belanja Dapur

Dengan wang sebanyak RM100 ke pasar sekarang tidak dapat membeli banyak bahan makanan, lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai senarai dan perancangan barangan yang perlu dibeli. Sebuah artikel bertajuk “Eat for Less” oleh penulis S.Indramalar telah mengupas tajuk ini dengan pendekatan yang amat mudah. Beliau telah menyenaraikan barangan yang perlu dibeli untuk keperluan satu minggu bagi keluarga yang mempunyai empat orang anggota keluarga.

Membeli barangan makanan untuk kaum keluarga lazimnya merupakan perbelanjaan yang agar besar selepas bayaran rumah dan kereta. Jika keluarga anda mempunyai anak-anak remaja lelaki pada peringkat umur 13 tahun ke atas, dengan selera makan yang tinggi, kos barangan dapur merupakan antara perbelanjaan bulanan yang tinggi.

Penulis S.Indramalar ingin membuktikan dengan bajet RM10 mencukupi untuk makan malam bagi empat orang. Jadi keseluruhan perbelanjaan dapur sebulan hanya mencecah RM300. Bajet ini tidak termasuk beras, pasta, minyak masak, gula dan rempah ratus.

Berikut adalah senarai pembelian barangan dapur berlandaskan menu mingguan seperti:-

Pembelian bahan-bahan untuk menu yang disenaraikan dibeli sekali gus. Senarai barangan adalah seperti berikut:-

*senarai harga adalah merupakan anggaran sahaja.

Keseluruhan perbelanjaan ini cuma sekitar RM72.20 bagi menyediakan tujuh kali makan malam untuk keluarga seramai empat orang.

Jika dilihat pada menu hidangan untuk tujuh hari, memang bukan semua hari anda akan menghidangkan nasi dan lauk. Anda boleh mempelbagai dengan bihun dan nasi goreng. Anda juga boleh menghidangkan bubur nasi dan bahan gorengan, seperti lobak asin atau telur asin serta sayur-sayuran.

Menyediakan menu mingguan merupakan satu disiplin yang amat baik dan ia merupakan cara untuk menjimatkan perbelanjaan dapur. Memasak pasta seperti spegeti, makaroni juga merupakan satu cara berhemat, selain merupakan hidangan yang sihat.

#jimatwang #jimatbelanja #jimatkos #belanjadapur

Sumber : Buku “Cukupkah Wang Anda?” oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 52/Ogos 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button