Skip to toolbar
Akta dan PerundanganPelan PerlindunganPERKESO

Jenis-Jenis Tuntutan PERKESO

PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga dikenali sebagai SOCSO (Social Security Organization) adalah merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1972 di bawah Kementerian Sumber Manusia. Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).

Fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. PERKESO juga menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja dan majikan.

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4)

PERKESO mempunyai tiga skim perlindungan buat ahli yang berdaftar, iaitu Skim Bencana Pekerjaan, Skim Keilatan dan

Skim Bencana Kerja Pekerja Asing.

i. Skim Bencana Pekerjaan

Menurut laman sesawang PERKESO, Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

  • Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan Nota: Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.
  • Kemalangan semasa kecemasan Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
  • Penyakit khidmat Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:
    • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan.
    • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang berbahaya dan sebagainya.

ii. Skim Keilatan

Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan sama ada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja daripada keilatan atau kematian akibat daripada sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

iii. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing

PERKESO juga memperluaskan liputannya kepada semua pekerja asing yang sah (kecuali pekhidmat rumah tangga) di Malaysia. Berkuat kuasa 1 Januari 2019, pekerja asing yang sah akan dilindungi oleh Skim Bencana Kerja (SBK) di bawah Akta 4. SBK menyediakan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan di tempat kerja atau penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya serta kemalangan semasa dalam perjalanan.

Caruman bagi skim ini telah ditetapkan pada kadar 1.25% daripada gaji bulanan dan dibayar setiap bulan oleh majikan. Mulai 1 Januari 2020, semua majikan dikehendaki berdaftar dengan PERKESO walaupun pekerja asing tersebut masih diliputi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA).

Syarat kelayakan SBK:

  • Mempunyai pasport dan Pas Khas untuk pekerja asing baharu; atau
  • Mempunyai pasport dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)

Caruman di bawah Akta ini terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu:

Caruman Jenis Pertama

Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman yang perlu dibayar oleh majikan dan pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Kadar caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja itu, mengikut kadar jadual caruman yang telah ditetapkan.

Nota: Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Pertama kecuali bagi pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada caruman telah dibayar sebelum 55 tahun kerana tidak layak di bawah Akta Keselamatan Sosial, 1969.

Caruman Jenis Kedua

Kadar caruman jenis ini adalah daripada syer majikan sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu, mengikut jadual caruman yang telah ditetapkan. Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.

Nota: Bagi pekerja baharu yang layak mulai umur

Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan

Sendiri 2017 (Akta 789) Akta ini memberi perlindungan di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri dan individu yang menjalankan perkhidmatan seumpamanya termasuk pemandu e-panggilan (e-hailing) seperti GrabCar dan juga pemandu bas yang bekerja sendiri seperti bas berhenti-henti, bas carter, bas ekspres, bas mini, bas pekerja, bas pengantara, bas sekolah dan bas lapangan terbang.

Kadar caruman yang ditetapkan adalah sebanyak 1.25% sebulan daripada opsyen pendapatan yang diinsuranskan. Sekiranya gagal mencarum, pemandu boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Perlindungan bagi tempoh bulanan / tahunan bermula dari tarikh dan masa caruman dibayar serta diperakui menerusi resit bayaran caruman.

Syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia/permastautin tetap tanpa mengira had umur; dan
  • Mempunyai lesen memandu (JPJ) yang sah; dan
  • Mempunyai Kad PSV atau Kad Pemandu/surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku; atau
  • Berdaftar dengan perkhidmatan e-panggilan

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800)

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) pula bertujuan untuk melindungi dan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan. Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) merupakan skim yang memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi menggantikan pendapatan yang hilang, memberi latihan untuk memantapkan semula kemahiran dan meningkatkan kebolehkerjaan mereka serta menyediakan perkhidmatan pekerjaan supaya mereka yang kehilangan pekerjaan mendapat pekerjaan lain yang sesuai dengan lebih cepat.

SIP menawarkan dua jenis faedah iaitu faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:

  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Peletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Penguatkuasaan

Pembayaran caruman hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 15 hari bulan bagi caruman bulan sebelumnya (contoh; caruman bulan Julai 2017 hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2017).

Faedah Caruman Lewat Bayar

Faedah caruman lewat bayar akan dikenakan pada kadar 6% setahun bagi tiap-tiap satu hari caruman yang tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Sumber: www.perkeso.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 110/Jun 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button