Pelan Pelaburan

Jangan Jadi Mangsa Skim Cepat Kaya

Terdapat banyak peluang pelaburan yang wujud pada masa kini. Namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat juga penganjur pelaburan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.

Skim pelaburan seperti inilah yang dikatakan skim pelaburan cepat kaya. Untuk mengelak diri anda daripada terjebak dengan skim ini, berikut adalah beberapa cara untuk anda mengenal pasti skim tersebut.

1. Hanya Keuntungan, Tiada Kerugian

Penganjur skim hanya memberitahu tentang keuntungan yang akan diperoleh. Mereka langsung tidak menyentuh tentang kerugian yang mungkin berlaku terhadap pelaburan tersebut. Walhal dalam apa juga jenis pelaburan, sudah tentu terdapat untung dan rugi.

2. Keuntungan Berlipat Ganda

Penganjur pelaburan mendakwa pelaburan tersebut akan mendapat pulangan yang sangat tinggi. Anda perlu berhati-hati kerana jika keuntungan tersebut sangat tinggi berbanding dengan jumlah pelaburan anda yang kecil, maka kemungkinan ia adalah penipuan pelaburan.

3. Dapat ‘Buah Tangan’

Penganjur juga menawarkan hadiah lumayan dengan tujuan untuk menarik pelanggan.

4. Siapa Cepat, Dia Dapat

Pelaburan yang ditawarkan hanya dibuka dalam tempoh yang terhad. Anda diminta untuk membuat keputusan yang cepat untuk melabur. Jika anda gagal membuat keputusan pelaburan pada masa yang ditetapkan, anda terlepas peluang untuk melabur.

5. Status Syarikat

Maklumat syarikat pelaburan tidak diberikan secara jelas. Anda juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat dan jenis perniagaannya.

Sebaik-baiknya melaburlah di institusi pelaburan yang dijamin oleh kerajaan atau diperakui oleh agensi pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 98/Jun 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button