Skip to toolbar
AmanahFaraidHarta SepencarianHibahPelan PewarisanWaqafWasiat

Instrumen Menyediakan WASIAT

Wasi / Penama

Melantik wasi/penama yang akan bertindak sebagai pentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka selepas kematian nanti sepertimana yang telah diwasiatkan.

Harta Sepencarian

Mengisytiharkan harta-harta sebagai hasil usaha sama dengan pasangan yang sah. Dengan mengisytiharkan harta sepencarian, si suami boleh mewariskan sebahagian harta secara terus kepada isteri (dan juga sebaliknya) tanpa perlu diagihkan melalui faraid.

Hibah

Memindah milik / menghadiahkan harta kepada mana-mana individu atau organisasi sama ada waris atau bukan waris. Dengan hibah, si pemilik harta boleh mewariskan harta kepada bukan waris, seperti anak angkat atau mana-mana waris yang dirasakan lebih memerlukan berbanding yang lain. Kebiasaannya, hibah diberikan atas dasar kasih sayang.

Waris

Wasiat membolehkan si pemilik harta mewariskan harta kepada bukan waris atau waris tanpa melalui pembahagian faraid. Namun, jumlahnya terhad kepada nilai 1/3 harta sahaja dan perlu kepada persetujuan semua waris.

Amanah

Menyerahkan harta kepda pihak ketiga, iaitu pemegang amanah yang akan bertanggungjawab mengurus dan melindungi harta pusaka daripda tuntutan pihak lain. Sebagai contoh, mengamanahkan bendang sawah kepada persatuan, dan sebahagian hasilnya hendaklah diberi kepada waris-waris yang akan ditinggalkan.

Wakaf

Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan ke arah jalan kebaikan dan kegunaan umum, contohnya mewakafkan tanah untuk dibina masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Sebaik-sebaiknya, jumlah harta yang diwakafkan tidak melebihi 1/3 nilai kesemua harta yang ditinggalkan.

Faraid

Kaedah pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum islam. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada semua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada hubungan (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 92/Disember 2017

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button