Skip to toolbar
Pelan PenyimpananPerbankanPinjaman

Institusi Kewangan Bukan Bank

Pada tahun 2018, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah menerima sebanyak 935 aduan mengenai institusi kewangan bukan bank. Lebih daripada 41% aduan adalah mengenai pinjaman wang berlesen, skim pelaburan dan pajak kedai.

Isu berkaitan pinjaman wang berlesen merupakan antara yang amat membimbangkan. Sekiranya pengguna ingin melangsaikan wang yang dipinjam dalam masa yang lebih singkat dari tempoh yang sebenar, pengguna tidak diberi rebat yang sewajarnya seperti yang diberikan oleh bank perdagangan yang berada di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia (BNM). Kadar faedah pinjaman mereka juga adalah sangat tinggi dan tidak diawasi oleh BNM kerana syarikat sedemikian bukan di bawah pengawasan BNM. Syarikat pinjaman wang berlesen ini berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dikawal selia oleh Bahagian Kawalan Kredit.

Ramai pengguna yang meluahkan perasaan marah dan sedih kerana mendapati kadar faedah terlalu tinggi. Mereka meminta pihak NCCC untuk menjadi pengantara dengan pihak pinjaman wang berlesen ini untuk mengurangkan kadar faedah serta menyelesaikan masalah mereka.

Terdapat juga segelintir syarikat pinjaman wang berlesen ini meminta sejumlah wang sebagai pendahuluan sebelum pinjaman mereka diluluskan. Setelah pinjamandiluluskan, pengguna diminta membuat pembayaran lagi. Apabila pengguna membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pinjaman dan meminta semula wang pendahuluan, permintaan pengguna tidak dilayan malah syarikat pinjaman menghilangkan diri.

Skim pelaburan yang dibawa oleh insititusi kewangan bukan bank juga telah memerangkap ramai pengguna yang leka. Kebanyakan aduan adalah mengenai wang pelaburan mereka yang tidak membuahkan sebarang hasil seperti yang dijanjikan. Ramai penggguna yang sedar akan tipu helah ini dan cuba membatalkan perjanjian dan meminta bayaran balik wang pelaburan mereka.

Malangnya pengguna tidak boleh membatalkan perjanjian ini melainkan pengguna perlu membayar sejumlah wang kepada syarikat tersebut. Malah ada juga yang melabur dalam syarikat kewangan yang tidak mempunyai sebarang lesen dan melarikan diri sebaik sahaja menerima wang pelaburan daripada pengguna yang naif.

Aduan juga diterima daripada para penguna mengenai pemilik pajak gadai yang menjual atau melelong barangan gadaian mereka tanpa memaklumkan kepada para penguna. Sepatutnya pemilik pajak gadai wajib memaklumkan kepada para pengguna apabila mereka hendak menjual atau melelong barangan gadaian pengguna tersebut. Malahan, ada segelintir pemilik pajak gadai yang mengambil kesempatan masalah kewangan yang dihadapi oleh pengguna dengan menjual barangan gadaian dengan harga yang lebih tinggi untuk mengaut keuntungan yang besar. Para pemilik pajak gadai yang tidak beretika ini memaksa pengguna membayar lebih untuk mendapatkan kembali barangan gadaian mereka.

Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengawal selia syarikat kewangan yang berlesen ini dan memastikan syarikat-syarikat ini menjalankan urusan perniagaan mereka dengan lebih beretika. Walaupun syarikat kewangan berlesen tidak sama dengan bank perdagangan, namun pihak kerajaan melalui agensinya seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu mengawasi kegiatan syarikat wang berlesen ini.

Aduan Awam:

04-15, 4TH Floor, WISMA PJ5 SOHO,No 4.B, Jalan SS5D/6, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor

Sistem E-Aduan:

http://www.nccc.org.my/v2/index.php/ingin-membuat-aduan-e-aduan

Sumber: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 111/Januari 2020

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button