Pengguna

Inisiatif Kerajaan Bantu Pemilikan Rumah

Berdasarkan landskap hartanah di Malaysia pada hari ini, bilangan unit rumah tidak terjual dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC) pada tahun 2018, jumlah keseluruhan unit kediaman yang sudah siap tetapi tidak terjual kini mencecah nilai sebanyak RM19.86 bilion.

Pada tahun 2018, unit kediaman tidak terjual yang direkodkan berjumlah 32,313 unit. Pada tempoh yang sama tahun 2017 pula, unit kediaman tidak terjual mencatatkan jumlah 24,738 unit. Ini bermakna unit kediaman tidak terjual meningkat sebanyak 30.6%.

Jika dilihat pada situasi pasaran hartanah ini, faktor yang menjadi penyumbang peratusan pemilikan rumah masih berada pada tahap rendah kerana harga rumah itu sendiri adalah jauh di luar kemampuan.

Bagi menyelesaikan kemelut tersebut, kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif bagi mengatasi masalah pemilikan rumah. Antara inisiatif tersebut ialah:

  1. Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan

Kerajaan telah mengumumkan bahawa perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Sebelum ini di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sector pembinaan dikenakan cukai sebanyak 6% termasuk sewaan dan bil utiliti dalam sektor komersial dan industri.

Dianggarkan harga rumah akan mengalami penurunan antara 5% hingga 10% selepas bahan binaan asas dikecualikan daripada SST.

  1. Kadar Baharu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah memperkemas CKHT ke atas keuntungan daripada penjualan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan seterusnya:

  • Syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap – kadar CKHT dinaikkan daripada 5% ke 10%.
  • Individu warganegara dan penduduk tetap – kadar CKHT dinaikkan daripada 0% ke 5%.
  • CKHT dikecualikan untuk harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

Secara asasnya, CKHT ini dikenakan ke atas untung bersih yang diperoleh daripada hasil  enjualan sesuatu hartanah. Sekiranya hartanah tersebut dijual lebih rendah daripada harga asal, maka CKHT tidak akan dikenakan. Kadar baharu CKHT yang diumumkan oleh kerajaan

dijangka dapat menggalakkan penjualan unit hartanah “masih dalam pembinaan” daripada pihak pemaju.

  1. Pengecualian Duti Setem Ringankan Beban Pembeli Rumah Pertama

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem 100% bagi surat cara pindah milik harta dan surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama.

Untuk pembelian rumah pertama, rumah yang berharga sehingga RM300,000 akan mendapat pengecualian penuh bagi duti setem surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman. Manakala rumah yang berharga melebihi RM300,000 hingga RM500,000 pula akan mendapat pengecualian duti setem bagi RM300,000 pertama rumah tersebut.

Untuk rumah yang berharga di antara RM300,001 hingga RM1 juta yang dibeli daripada pemaju perumahan pula, akan mendapat pengecualian duti setem surat cara pindah milik dengan tempoh jual beli itu dilaksanakan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2019.

  1. Kempen Pemilikan Rumah (HOC) Bermula Januari Hingga Jun 2019

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan ekspo hartanah secara besar-besaran dalam tempoh enam bulan bagi menjual lebih 22,000 unit rumah yang tidak terjual.

Ekspo yang akan dijalankan di seluruh negara ini akan disertai lebih 100 pemaju dengan anggaran nilai hartanah keseluruhan sekitar RM5 bilion.

Pihak pemaju telah bersetuju untuk memberi diskaun sekurang-kurangnya 10% semasa tempoh ekspo hartanah ini berlangsung.

Sumber : kapital.myBuletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 106/Februari 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button