Pengurusan Hutang

Hutang ‘Positif’ vs Hutang ‘Negatif’

Sebelum membuat keputusan untuk memohon sesuatu pinjaman, anda perlu mempertimbang sama ada hutang yang bakal dipohon itu bakal memberi manfaat atau membebankan anda. Menurut data berdasarkan laporan terkini Manulife Investor Sentiment Index (MISI), 68% rakyat Malaysia sedang menanggung hutang, akibat daripada kos sara hidup yang tinggi, sewa dan pendidikan anak-anak.

Hutang atau pinjaman bermaksud anda meminjam wang daripada pihak lain (individu atau institusi kewangan) yang akan dibayar semula dalam suatu tempoh berserta dengan kadar faedah. Ramai yang memohon pinjaman disebabkan mereka kekurangan tunai untuk membuat pembelian. Hutang boleh memberi impak ‘positif’ atau ‘negatif’ berdasarkan kepada status semasa kewangan anda. 

Bagaimana Untuk Menguruskan Hutang Dengan Baik?

Sebelum anda memohon pinjaman, bandingkan terlebih dahulu jenis-jenis pinjaman yang ditawarkan oleh bank untuk mendapatkan kadar faedah terbaik. 

Hubungi pihak bank atau pemberi pinjaman dengan segera jika anda menghadapi kesukaran untuk menjelaskan pinjaman anda tepat pada masanya. Lazimnya, pihak bank akan menstrukturkan semula jadual pembayaran kerana mereka juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non performing loan).

Selain itu, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), untuk mendapatkan khidmat nasihat. AKPK menawarkan perkhidmatan percuma seperti kaunseling, nasihat pengurusan kewangan dan pengurusan hutang di bawah Program Pengurusan Hutang (Debt Management Programme). Anda boleh melayari laman sesawang  www.akpk.org.my  untuk makluman lanjut.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 84/April 2017

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button