Pelan PerbelanjaanPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Hari Tidak Berbelanja 16 Julai 2011

Hari tidak berbelanja merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer Kebangsaan yang berlangsung antara tahun 2008 hingga 2012. Hari Tidak Berbelanja disambut pada 16 Julai setiap tahun. Pada hari tersebut, para pengguna digalakkan agar tidak membuat sebarang pembelian sepanjang hari. Idea ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang tabiat berbelanja mereka dan memikirkan tentang kepenggunaan secara keseluruhan serta kesannya terhadap budaya serta alam semula jadi.

Budaya Tidak Membeli-belah

Membeli-belah tidak memberikan kemudaratan, namun ia bergantung kepada jenis barang-barang yang anda beli. Anda perlu memastikan tentang ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ sebelum berbelanja. Anda perlu mempunyai alasan yang kuat ’mengapa’ anda perlu membeli sesuatu barang agar pembelian tersebut merupakan satu keperluan dan tidak menyebabkan pembaziran.

Melawan Nafsu

Apabila anda tidak melakukan sesuatu, sebenarnya anda telah melakukan sesuatu! Tindakan anda untuk bersetuju mengurangkan perbelanjaan merupakan suatu permulaan. Hari Tidak Berbelanja merupakan hari untuk anda melawan nafsu membeli barang. Ia merupakan hari untuk anda mencabar diri anda sendiri.

Kesan Yang Berpanjangan

Kempen ini tidak bermaksud untuk mengubah cara hidup anda dalam masa sehari sahaja, tetapi ia mampu memberi kesedaran secara berpanjangan yang mungkin merupakan satu pengalaman hidup! Kempen ini akan terus tersemat dalam minda anda, iaitu setiap kali anda berbelanja, anda akan memikirkan kesan barang tersebut kepada nilai kepada wang anda dan alam sekitar.

Cara Menyambut Hari Tidak Berbelanja

  • Bancuh minuman anda sendiri pada waktu pagi
  • Bawa bekal untuk makanan tengahari
  • Masak sendiri di rumah
  • Berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam untuk mengelakkan pembelian petrol
  • Merancang perjalanan terlebih dahulu untuk mengelakkan penggunaan bahan api untuk tujuan yang tidak penting
  • Menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak mengeluarkan wang seperti membaca buku, berkebun dan bersenam
  • Menggunakan barang-barang yang terpakai di rumah anda untuk dijadikan suatu barang yang baru
  • Membuat satu inventori barang-barang yang telah sedia ada dirumah untuk mengelakkan membeli barang yang sama apabila anda membeli belah kelak
  • Menyebarkan mesej dengan memberitahu orang lain sama ada secara lisan atau penulisan di blog atau laman sosial untuk menggalakkan orang lain turut sama menjayakan kempen ini.
  • Bertukar pakaian dengan rakan rapat atau ahli keluarga yang lain

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 12/April 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button