Pelan Penyimpanan

Hari Tabungan Sedunia

Hari Tabungan Sedunia mula disambut pada 31 Oktober 1924 semasa Kongres Bank Simpanan Antarabangsa kali pertama di Milano, Itali. Acara ini diadakan untuk menyemai minat menabung dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia. Acara ini telah dijadikan sebagai acara tahunan.

Di Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengadakan program sambutan Hari Tabungan Sedunia, yang bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia tentang budaya menyimpan duit dan kepentingan mempunyai simpanan.

Terdapat beberapa kebaikan yang boleh dicapai apabila masyarakat mula faham akan kepentingan simpanan. Antaranya ialah:-

  • Sebagai tabung kecemasan
  • Sebagai deposit pembelian aset atau harta
  • Memberi kehidupan yang lebih tenang
  • Boleh digunakan untuk membantu orang lain
  • Boleh digunakan untuk perlaburan
  • Tabung perkahwinan
  • Simpanan hari tua
  • Melancong menggunakan simpanan

AKPK telah berkerjasama dengan institusi kewangan dan rakan kongsi strategik mereka mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan kesedaran dan menyemai pengetahuan mengenai kewangan dalam kalangan pengguna bagi memastikan masyarakat celik kewangan.

AKPK telah menerbitkan sebuah filem pendek berjudul ‘Tabung Masa Depan’, bertujuan mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya individu mempunyai simpanan untuk masa depan yang lebih baik walaupun menghadapi kesulitan hidup. Filem ini memaparkan pencetus emosi untuk menarik segmen sasaran dengan cepat dan memastikan mereka terlibat sama. Ia boleh ditonton menerusi laman “Youtube”.

Selain itu, AKPK telah mencipta pelbagai kandungan untuk menggalakkan tabungan, seperti artikel, maklumat grafik dan video untuk pengguna, dan boleh dilihat menerusi laman sesawang www.akpk.org.my dan laman rasmi Facebook AKPK.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button