Skip to toolbar
Pelan PelaburanPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Dana Khas Bank Negara Malaysia Untuk Pembelian Rumah Mampu Milik

Bermula 2 Januari 2019, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang ditubuhkan khas bagi membiayai pembelian rumah pertama.

Dana sebanyak RM1 bilion ini diumumkan selepas pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu. Di bawah dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian. Dana ini sah selama dua tahun, bermula bermula 2 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020, atau sehingga dana berjumlah RM1 bilion tersebut habis digunakan, yang mana lebih awal.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan lebih ramai individu yang berkelayakan boleh memohon dana ini memandangkan had kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah telah dinaikkan ke RM4,360 berbanding RM2,300 sebelum ini.

Malah had harga maksimum rumah layak dibiayai turut dinaikkan ke RM300,000 berbanding RM150,000 sebelum ini, sejajar dengan definisi harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh Dasar Perumahan Mampu Milik Negara. Penambahbaikan kepada kriteria kelayakan dan ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik tersebut telah berkuat kuasa pada 1 September 2019.

Kriteria dan Ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:

  • Pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan sehingga RM4,360;
  • Harga maksimum harta tanah dinaikkan sehingga RM300, 000
  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5% setahun; dan
  • Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah.

Bagi membantu pembeli rumah kali pertama yang memohon pembiayaan di bawah dana ini, modul pendidikan kewangan dalam talian yang ringkas dan mudah telah disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Orang ramai boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pelancaran dana telah dilengkapi dengan pelbagai langkah untuk membantu pembeli rumah yang pendapatan bulanan mereka adalah sebanyak RM4,360 dan ke bawah untuk membeli rumah pertama mereka yang berharga sehingga RM300,000.

Langkah-langkah yang dijalankan untuk pembiayaan rumah yang layak daripada semua institusi kewangan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sampingan pemilikan rumah bagi peminjam yang berkelayakan. Langkah-langkah tersebut seperti pengecualian duti setem, kadar yang berpatutan untuk jumlah perlindungan gadai janji dan pelepasan yuran guaman bagi perjanjian jual beli dan pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian seperti yang tertera di bawah:

 • AmBank (M) Berhad (AmBank) – 03-2178 8888

• Bank Simpanan Nasional (BSN) – 1-300 88 1900

• CIMB Bank Berhad (CIMB) – 03-6204 7788

• Malayan Banking Berhad (Maybank) – 1-300 88 6688

• RHB Bank Berhad (RHB) – 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia) 

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 (LINK) atau layari http://www.bnm.gov.my

Sumber: www.bnm.gov.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 110/Jun 2019

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button