Cukupkah Simpanan Persaraan Anda?

Tahukah Anda?
Purata jangka hayat penduduk Malaysia ialah 75 tahun. Ini bermakna, anda perlu menyara kehidupan selama 15 tahun selepas bersara.
Berapa yang anda perlukan?
Dengan kadar inflasi 3.5% setahun :
RM41,400 setahun x 15 tahun (75-60 tahun) = Rm621,000
68 % ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada tahun 2014 mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah.
50 % pesara menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.
78 % daripada 6.7 juta penyumbang simpanan KSWP tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan.
Bagaimana meningkatkan simpanan persaraan anda?
Mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan
Jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP/pencen untuk membiayai persaraan kelak.
Mulai menyimpan dari awal
Lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara.
Rancang keperluan jangka panjang
Kenal pasti keperluan utama apabila bersara dan berapakah jumlah dan sumber pendapatan yang diperlukan untuk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan.
Penjagaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berterusan dan jalani gaya hidup sihat.
Melabur dengan bijak
Pelabur yang bijak adalah pelabur yang berpengetahuan. Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan. Elakkan melabur dalam ‘Skim Cepat Kaya’ dan syarikat pelaburan yang tidak berdaftar.