Pengguna

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi Produk dan Perkhidmatan Perbankan

Bank-bank perdagangan yang merupakan ahli Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) mempunyai lebih daripada 300 jenis produk dan perkhidmatan. Bagi menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang pelaksanaan GST yang telah dikuatkuasakan pada 1 April 2015 kepada semua pelanggan bank, ABM telah memaparkan maklumat di dalam laman sesawangnya berkaitan pelaksanaan GST. Orang ramai boleh mengetahui senarai soalan-soalan yang sering dikemukakan dan mendapat jawapannya menerusi laman sesawang ABM di www.abm. org.my.

Berikut adalah beberapa soalan dan jawapan berhubung dengan GST atas produk / perkhidmatan perbankan yang telah dipilih daripada soalan-soalan lazim ABM

  1. Bagaimana saya ingin mengetahui caj-caj yang dikenakan oleh bank saya untuk produk / perkhidmatan bank yang tertakluk kepada GST?

Hubungi bank anda untuk menyemak yuran / caj yang dikenakan GST bagi setiap produk / perkhidmatan. Bank-bank yang menjadi ahli ABM akan menyenaraikan bayaran secara terperinci di setiap premis perbankan mereka, atau mengikut mana-mana yang berkenaan, di laman sesawang bank masing-masing. Bank perdagangan akan mengeluarkan cukai invois yang sah bagi semua pembekalan berkadar standard.

  1. Adakah bank-bank akan menyerap kos GST bagi pihak pelanggan?

Bank-bank adalah tertakluk kepada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014. GST adalah cukai penggunaan dan bank-bank hanya bertindak sebagai ejen pemungut GST. Bank-bank tidak boleh menyerap GST yang dibayar berkaitan sebarang yuran dan caj kerana ia tidak diperuntukkan oleh undang-undang.

  1. Produk dan perkhidmatan bank

Bank-bank adalah tertakluk kepada Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014. GST adalah cukai penggunaan dan bank-bank hanya bertindak sebagai ejen pemungut GST. Bank-bank tidak boleh menyerap GST yang dibayar berkaitan sebarang yuran dan caj kerana ia tidak diperuntukkan oleh undang-undang.

  • Akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun semasa
    Perkara GST Dikenakan?
    Faedah yang diterima atas simpanan. Tidak
    Yuran dan caj yang dikenakan untuk perkhidmatan berhubung pengendalian akaun, seperti pindahan dana secara elektronik, penunaian wang dan peruntukan penyata bank. Ya
    Pembayaran menggunakan cek oleh pengeluar cek. Tidak
    Yuran pemprosesan cek. Ya
    Kos buku cek (tidak termasuk duti setem) dan bayaran perkhidmatan ke atas penunaian cek di kaunter. Ya
  • Pinjaman, sewa beli, kemudahan pembiayaan yang lain

    Perkara

    GST Dikenakan?
    Pengeluaran pinjaman dan pembayaran ansuran bulanan pinjaman atau faedah atas pinjaman. Tidak
    Caj perkhidmatan dan yuran yang berkaitan dengan pinjaman, seperti yuran dokumentasi, yuran permohonan pinjaman, yuran permohonan penyata penebusan dan / atau yuran pemprosesan. Ya
    Semua yuran dan komisen (melainkan jika komisen itu adalah berkala (spread) yang dikenakan bagi produk dan perkhidmatan pembiayaan perdagangan, selain daripada untuk tujuan eksport. Ya
  • Kad kredit / debit / caj / ATM

    Perkara GST Dikenakan?
    Harga pembelian barangan dengan menggunakan kad kredit / debit. Contohnya, sekiranya anda makan di sebuah restoran yang didaftarkan di bawah GST, dan bil makanan mencecah RM50, anda akan dikenakan caj GST pada kadar 6% atas jumlah keseluruhan bil. Oleh itu, jumlah bil yang perlu dibayar adalah RM53 (iaitu RM50+6%). Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan kad kredit / debit, anda tidak akan dikenakan caj tambahan ke atas RM53. Tidak
    Yuran tahunan kad kredit / kad caj / kad debit. Sesetengah bank mungkin akan melupuskan yuran tahunan. Dalam kes tersebut, tiada GST yang perlu dibayar. Ya
    Caj bayaran lewat yang dikenakan apabila pemegang kad gagal membuat bayaran bulanan minimum sebelum tarikh akhir bayaran. Tidak
    Caj kewangan atas baki tertunggak yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir bayaran. Tidak
    Yuran untuk kad gantian kerana kad ATM / debit / kredit / caj telah hilang / rosak. Tidak
    Jumlah wang yang dikeluarkan melalui ATM bank lain yang pengguna tidak mempunyai akaun dengan bank tersebut. Contohnya, pengeluaran wang RM500 dari ATM bank B (yang anda tidak mempunyai akaun di bank B) tidak dikenakan GST.Walau bagaimanapun, yuran sebanyak RM1.00 akan dikenakan GST bagi pengeluaran melalui bank tempatan (antara bank MEPS). Tidak / Ya
    Yuran yang dikenakan bagi pengeluaran wang melalui ATM yang pengguna mempunyai akaun dengan bank tersebut. Jika bank mengenakan yuran / caj bagi pengeluaran melebihi jumlah yang ditetapkan dalam tempoh sebulan, GST akan dikenakan ke atas yuran / caj tersebut. Tidak

  • Produk / perkhidmatan yang lain
    Perkara GST Dikenakan?
    Yuran penghantaran atau pengiriman wang. Tidak
    Komisen yang dikenakan untuk pengeluaran perintah juruwang atau draf permintaan dan caj tele-penghantaran. Ya
    Yuran perkhidmatan pindahan Interbank GIRO (IBG) dan pembayaran bil secara dalam talian. (GST dikenakan ke atas yuran sahaja dan bukan atas jumlah transaksi, contohnya jumlah bil yang dibayar / jumlah wang yang dipindahkan). Ya
    Transaksi secara dalam talian yang disediakan secara percuma oleh pihak bank (contohnya pindahan wang ke dalam akaun sendiri atau akaun pihak ketiga dalam bank yang sama). Tidak
    Caj bayaran lewat atau yuran yang dikenakan sebagai pampasan bagi kerugian, kerosakan atau dalam kes-kes yang pelanggan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Tidak
    Duti setem Tidak
  1. Jika saya membuat pembayaran di kaunter, bagaimanakah GST akan dikenakan?

Bagi urus niaga di kaunter, jumlah yang perlu dibayar termasuk GST, jika berkenaan, akan dibundarkan ke bawah atau ke atas sehingga ke gandaan 5 sen yang terdekat. Sila rujuk contoh-contoh di bawah:-

  • Senario 1 (sebagai ilustrasi sahaja)
    1 transaksi penunaian cek pihak ketiga dikenakan caj RM2 bagi setiap transaksi = 1 transaksi x [RM 2 + (RM 2 x 6%)] = 1 x RM2.12 = RM2.12. Bayaran untuk transaksi penunaian oleh pihak ketiga (termasuk GST) akan dibundarkan ke bawah (kepada gandaan 5 sen yang terdekat) menjadi RM2.10.
  • Senario 2 (sebagai ilustrasi sahaja)
    Kos bagi permohonan untuk 1 kad debit dengan harga RM 8 setiap kad = 1 kad x [RM 8 + (RM 8 x 6%)] = 1 x RM8.48 = RM8.48. Yuran pengeluaran kad debit (termasuk GST) akan dibundarkan ke atas (kepada gandaan 5 sen yang terdekat) menjadi RM8.50.

Sumber: Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button