PenggunaPengurusan Kewangan

CCRIS – Soalan Yang Lazim Ditanya

  1. APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM LAPORAN CCRIS?
  • Laporan CCRIS mengandungi senarai obligasi pinjaman kewangan anda dengan institusi kewangan di Malaysia dan sejarah pembayaran balik anda untuk tempoh 12 bulan. Maklumat lanjut mengenai institusi kewangan yang menyertai CCRIS boleh dilayari di http://creditbureau.bnm.gov.my
  • la juga menunjukkan permohonan pembiayaan anda sejak setahun yang lalu.
  1. ADAKAH CCRIS DIANGGAP SEBAGAI SENARAI HITAM?
  • CCRIS BUKAN laporan senarai hitam.
  • la menyediakan maklumat positif dan negatif berkenaan status pinjaman kewangan anda.
  • la tidak memberikan apa-apa penilaian terhadap status kredit atau kewangan anda.
  1. MENGAPAKAH CCRIS PENTING KEPADA SAYA?
  • Institusi kewangan lazimnya menyemak laporan CCRIS apabila menilai permohonan pinjaman anda. Pastikan status pembayaran anda baik agar peluang permohonan pinjaman anda untuk diluluskan adalah lebih baik.
  • Anda juga boleh memastikan akaun anda bebas daripada aktiviti penipuan dengan memantau laporan CCRIS.

Daftar akaun eCCRIS anda hari ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://eccris.bnm.gov.my atau hubungi BNMTELELINK di 1300 88 5465

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 94/Februari 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button