Pengguna

Cara Mengendalikan Wang Polimer Yang Betul

Wang polimer denominasi RM1 dan RM5 telah mula diperkenal dalam siri wang kertas Malaysia baharu. Antara ciri wang polimer ialah:

  1. Ia tidak serap air mahupun cecair lain.
  2. Ia bukan daripada bahan berserat – oleh itu ia tidak mudah koyak jika dilipat berulang kali.
  3. Ia sukar untuk dikoyakkan. Walau bagaimanapun, sekali wang polimer terkoyak, ia mudah terkoyak dengan lebih teruk.
  4. Ia tidak mudah bertanda atau menjadi kotor. Ia juga lebih bersih kerana bakteria tidak mudah merebak di atasnya.
  5. Ia lebih kuat dan tahan lama berbanding dengan wang kertas.
  6. Adalah sukar serta mengambil masa dan mahal untuk memalsukan wang polimer.

Bank Negara Malaysia ingin berkongsi tip-tip berikut bagi memastikan wang polimer dikendalikan dengan cara yang betul. Tip-tip ini membolehkan wang polimer digunakan dengan lebih lama di dalam edaran. Bank Negara Malaysia berharap anda akan berkongsi tip pengendalian ini dengan ahli keluarga dan sahabat handai anda.

Apa yang Perlu Anda Buat

    

Perkara yang Perlu Dielakkan

     

   

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 31/November 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button