Pengguna

Cara Melindungi Diri Daripada Penipuan Kad Kredit

Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalah urus niaga tidak sah dan kecurian identiti. Pengeluar kad kredit sentiasa berwaspada terhadap urus niaga palsu dan penipuan. Anda juga perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan kad kredit ini.

Panduan Melindungi Kad Kredit Anda

  • Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya.
  • Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda.
  • Jangan dedahkan butiran kad kredit anda kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh menggunakannya untuk membuat pembelian melalui telefon, pesanan pos atau internet.
  • Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamat tempohnya setelah menerima kad gentian untuk mencegah pengklonan atau penyalahgunaan kad.
  • Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga.
  • Simpan semua slip bayaran dan semak penyata sebaik sahaja anda menerimanya.
  • Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atau tas tangan agar anda akan sedar serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.
  • Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranya kad kredit anda hilang, dicuri atau terdapat urus niaga yang tidak sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas semua urus niaga tersebut sehingga laporan dibuat.

Sumber : AKPK/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 26/Jun 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button