Pengguna

Cara Buat Aduan Sekiranya Ditipu

Apakah prosedur bagi seorang pengguna untuk membuat aduan jika tertipu?

Pengguna, Petaling Jaya

Jawapan:

Pengguna perlu pergi ke kedai berkenaan dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya gagal, tindakan selanjutnya yang boleh dilakukan adalah menulis surat rasmi kepada pekedai atau syarikat berkenaan.

Antara kaedah menulis surat aduan secara berkesan adalah seperti berikut:-

  1. Nyatakan butir pembelian termasuk harga, siapa kakitangan syarikat atau pembantu kedai yang menjualnya (jika tahu namanya), tarikh pembelian atau pemasangan, janji dibuat, nama cawangan kedai atau syarikat dan sebagainya.
  2. Nyatakan bentuk tuntutan diingini (pengembalian wang, ganti rugi, pembaikan dan sebagainya).
  3. Sertakan salinan dokumen (seperti resit atau bukti pembelian) bagi menyokong tuntutan.
  4. Surat hendaklah ditulis dengan jelas dan mudah difahami.
  5. Nyatakan secara baik kaedah bagi menyelesaikan masalah anda.
  6. Buat salinan surat kepada pihak berkenaan seperti syarikat induk bagi cawangan kedai berkenaan, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, persatuan pengguna dan sebagainya.
  7. Kirim surat itu secara pos daftar.

Jalan terakhir ialah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia bagi penyelesaian.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 63/Julai 2015

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button