Pelan Perlindungan

Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau)

Apa yang perlu anda lakukan jika dilanggar dan dicederai oleh pemandu yang tidak dilindungi oleh polisi insurans yang sah?

Kebanyakan pengguna Malaysia telah mengetahui jika berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan, anda boleh membuat tuntutan pihak ketiga ke atas syarikat insurans kenderaan pihak bersalah. Tetapi apa pula yang akan terjadi jika kenderaan yang menyebabkan kemalangan kepada anda itu tidak mempunyai perlindungan insurans. Daripada siapakah anda boleh membuat tuntutan?

Inilah peranan yang dimainkan oleh Biro Insurans Motor (Motor Insurance Bureau atau MIB). MIB telah ditubuhkan pada 15 Jan 1968 melalui perjanjian yang dimeterai oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, syarikat-syarikat insurans Am Malaysia dan Biro (MIB) itu sendiri. Tujuan penubuhan MIB adalah bagi menyediakan bantuan pampasan kewangan kepada mangsa kemalangan (sama ada sebagai pemandu, penumpang atau pejalan kaki), jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak memiliki polisi insurans.

Terdapat beberapa langkah penting yang perlu anda ambil untuk membuat tuntutan MIB: Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 85/Mei 2017

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button