Pelan Pelaburan

Bijak Melabur Mengikut Tahap Kehidupan Anda

Ilmu pelaburan perlu dipelajari dan ia perlu disesuaikan dengan tahap kehidupan anda. Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat dan harga barangan keperluan semakin mahal, maka cabaran dalam meneruskan kehidupan perlu dilalui secara bijak. Namun bagaimanakah anda menentukan keputusan kehidupan anda?

Sekiranya anda berumur 30-an dan mempunyai dua orang anak, adakah anda telah menyediakan tabungan bagi pendidikan anak-anak anda? Bagaimana persediaan anda untuk membeli aset tetap, seperti rumah? Bilakah pula masanya untuk anda memulakan simpanan persaraan?

Penyelesaian kepada ketiga-tiga soalan ini ialah, anda perlu mengutamakan pelaburan yang paling hampir untuk anda capai. Lebih lama jangka masa anda melabur, maka lebih besar pulangan yang anda akan terima (dikenali sebagai faedah atas kompaun).

Matlamat pelaburan yang anda boleh tetapkan adalah seperti berikut:-

a) Pelaburan untuk Pendidikan Anak

Anda perlu membuat perbandingan produk-produk yang disediakan oleh pihak institusi perbankan atau syarikat unit amanah bagi menyediakan simpanan pendidikan anak-anak anda. Keputusan bijak perlu dibuat, kerana jika anda silap membuat perhitungan, maka simpanan anda tidak mencapai matlamat seperti yang diinginkan.

Dalam situasi sekarang, ibu bapa perlu memulakan perancangan pendidikan sekiranya anak anda ingin melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke kolej tempatan mahupun luar negara. Kos pendidikan semakin meningkat, maka anda perlu menetapkan jumlah yang ingin anda capai ketika usia anak anda bakal mencecah 18 tahun (usia melanjutkan pendidikan di kolej).

Sekiranya anda memutuskan untuk melabur dalam dana atau unit amanah, anda perlu memulakan simpanan seawal 1 tahun usia anak anda. Bon dan unit amanah mudah dicairkan dalam bentuk wang tunai berbanding dengan melabur dalam harta fizikal. Berikut ialah contoh sekiranya anda meletakkan matlamat kira-kira RM200,000 untuk membiayai pendidikan anak anda:

Contoh: Dana Affin Hwang Select Bond Jumlah yang ingin dicapai: RM200,000

Tempoh Pelaburan 18 tahun 10 tahun
Peratusan Purata Tahuanan Pelaburan 6.1% 6.1%
Pelaburan Awal RM1,300 RM6,000
Sumbangan Secara Bulanan RM500 RM1,150
Jumlah Sumbangan RM109,300 RM144,000
Nilai Jumlah Pelaburan RM200,6003.32 RM201,476.29
Jangka Peratusan Pulangan 83.5% 39.9%

Berdasarkan contoh di atas, dengan tempoh pelaburan selama 18 tahun untuk simpanan pendidikan anak anda, maka anda hanya perlu melabur sejumlah RM109,300 dalam tempoh lebih 18 tahun atau kira-kira RM6,072 setiap tahun untuk mencapai jumlah sasaran anda sebanyak RM200,000. Walau bagaimanapun, jika anda lambat memulakan pelaburan, anda perlu melabur sejumlah RM144,000, dengan tempoh 10 tahun untuk mendapatkan jumlah matlamat anda. Ini bermakna, anda perlu melabur lebih daripada dua kali ganda (RM14,400) setiap tahun, walaupun hanya ada perbezaan lapan tahun dalam tempoh pelaburan anda.

b) Pelaburan untuk Persaraan

Ramai yang berfikir bahawa wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cukup untuk menampung keperluan apabila bersara. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pentadbir Pencen Swasta (PPA), secara puratanya, rakyat Malaysia perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 33% daripada pendapatan bulanan untuk mencapai 57% daripada pendapatan gantian. Simpanan di KWSP hanya mencecah 23% daripada simpanan sahaja. Maka anda memerlukan 10% simpanan tambahan, dan ini dikira jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran di KWSP.

Jadi, anda perlu membuat keputusan untuk membuat tambahan simpanan untuk  mencapai pertumbuhan modal secara konsisten dalam tempoh masa yang panjang.

Berikut adalah contoh pelaburan tambahan 10% yang boleh membantu menambah dana persaraan anda jika anda melabur dengan betul :

Contoh: Dana Affin Hwang’s Select Opportunity

Simpanan di KWSP sebanyak 23% Simpanan tambahan sebanyak 10%
Gaji / Simpanan Bulanan RM2,500 RM2,500
Purata Kenaikan Gaji Tahunan 3% 3%
Tempoh Pelaburan 35 tahun 35 tahun
Jumlah Sumbangan RM109,300 RM144,000
Pelaburan Bulanan RM575 RM250
Kadar Purata Pulangan 6.0% 9.2%
Jumlah Sumbangan RM417,188.36 RM181,386.25
Jumlah Nilai Pelaburan RM1,187,848.00 RM1,001,443.00
Peratusan Pulangan yang Dijangka 184.7% 452.1%

Berdasarkan pengiraan di atas, anda akan memperoleh simpanan persaraan sebanyak RM1,187,848 sekiranya anda hanya bergantung kepada simpanan di KWSP.

Walau bagaimanapun, jika anda melabur secara tambahan 10% setiap bulan, maka anda akan menerima tambahan RM1,001,443, yang akan meningkatkan dana persaraan anda kepada RM2,189,291. Dengan hanya melabur 10% sebulan, ia akan memberikan anda peningkatan sebanyak 184% untuk persaraan anda.

Matlamat pelaburan perlu ditetapkan sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana produk pelaburan. Paling penting, pastikan pelaburan jangka masa panjang anda sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas dan keuntungan yang diperoleh melebihi kadar inflasi.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 72/April 2016

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button