Skip to toolbar
BantuanPelan Penyucian

Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40

Terdapat beberapa bantuan kerajaan sediakan untuk golongan B40. Bantuan adalah seperti berikut:

1. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

Untuk makluman anda, terdapat 4 kategori penerima BSH. Keempat-empat kategori itu adalah seperti berikut:

  • Isi rumah bulan berpendapatan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuanberjumlah RM500.Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

2. Dana Perlindungan Kesihatan Nasional (Skim MySalam)

Bermula 1 Januari 2019, kerajaan telah mengimplementasikan Skim Perlindungan Nasional B40 yang dikenali sebagai Skim MySalam untuk mewujudkan jaringan keselamatan social secara percuma kepada yang berkelayakan. Penerima yang terdiri daripada golongan B40 berumur antara 18 hingga 55 tahun dan menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

3. Rebat Bil Elektrik RM40

Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar dan miskin selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dan miskin dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU JPM. Penerima bantuan hanya perlu membayar baki bil elektrik yang melebihi RM40 dan sekiranya bil tersebut di bawah RM40 maka ianya adalah percuma.

4. Dana Rumah Mampu Milik 2019 BNM

Kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama untuk golongan yang berpendapatan rendah yang dikenali sebagai Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM).

Dana Rumah Mampu Milik BNM merupakan dana berjumlah RM1 bilion, iaitu warganegara Malaysia yang mempunyai isi pendapatan rumah tidak lebih dari RM2,300 dan tiada rekod pembayaran terjejas untuk tempoh 12 bulan kebelakang, layak memohon untuk membeli kediaman yang berharga RM150,000 ke bawah. Kadar faedah maksimum ditetapkan pada 3.5 peratus setahun untuk tempoh pembiayaan 40 tahun atau sehingga berumur 70 tahun, yang mana terdahulu.

5. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan ini tidak perlu dimohon tetapi akan diberikan secara automatik dengan melihat pendapatan kasar bulanan seisi rumah ibu bapa atau penjaga pelajar iaitu tidak melebihi RM3,000. Bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • RM 100 kepada setiap seorang pelajar tahun satu sehingga tingkatan lima

6) i-Suri KWSP

Bagi golongan suri rumah, ibu tunggal dan balu, kerajaan juga menyediakan sebuah insentif khas kerajaan bagi yang telah berjaya mendaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Bagi program ini penerima akan mendapat manfaat seperti ahli KWSP yang lain. Seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, bantuan hilang upaya, bantuan kematian serta pengeluaran ketika berumur 50, 55 dan 60 tahun.

7) Skim Peduli Kesihatan PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif atau senarai bantuan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah memberi focus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Untuk makluman, PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40

Sumber: permohonan.my/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 108/April 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button