Pelan PenyimpananPenggunaPerancangan Kewangan

Bagaimana Untuk Memohon Pengeluaran Pelaburan KWSP?

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli dilancarkan bagi membantu ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka. Pengeluaran ini membolehkan ahli melaburkan sendiri sebahagian daripada simpanan mereka dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

KWSP memperkenalkan konsep Simpanan Asas di bawah inisiatif Bukan Hanya Simpanan untuk ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mereka mencapai usia 55 tahun. Simpanan Asas ini akan menentukan seberapa banyak anda boleh melabur menerusi pengeluaran ini.

Apakah Simpanan Asas?

Simpanan Asas ialah sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika mencapai umur 55 tahun. Amaun simpanan asas dikira berdasarkan ahli menerima bayaran sekurangkurangnya RM500 setiap bulan untuk tempoh 20 tahun sehingga ahli berumur 75 tahun iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia.

Adakah jumlah simpanan asas bagi setiap ahli adalah berbeza?

Ya, jumlah simpanan asas bagi setiap ahli adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Ini bermakna ahli yang lebih tua perlu sentiasa mengekalkan jumlah Simpanan Asas yang lebih tinggi berbanding ahli yang lebih muda. Sila rujuk jadual dibawah.

Jadual: Jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1

UMUR (TAHUN)

SIMPANAN ASAS (RM) UMUR (TAHUN) SIMPANAN ASAS (RM)
18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

1,000

2,000

3,000

4,000

5,000

7,000

8,000

9,000

11,000

12,000

14,000

16,000

18,000

20,000

22,000

24,000

26,000

29,000

32,000

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

34,000

37,000

41,000

44,000

48,000

51,000

55,000

59,000

64,000

68,000

73,000

78,000

84,000

90,000

96,000

102,000

109,000

116,000

120,000

Berapakah jumlah yang boleh dilaburkan dan sekerap manakah saya boleh melabur?

Jumlah minimum yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun I. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan sekali dengan pengeluaran minimum sebanyak RM1,000 tertakluk kepada jumlah simpanan yang mencukupi.

Apakah produk yang boleh dilaburkan di bawah pengeluaran pelaburan?

Anda boleh memilih untuk melabur dengan unit saham amanah atau syarikat pengurusan aset yang diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP.

Di manakah saya boleh mendapatkan senarai terkini pengurus dana luaran yang dilantik?

Anda boleh mendapatkan senarai terkini pengurus dana luaran di pejabat KWSP yang berdekatan atau melayari laman sesawang myEpf www.kwsp.gov.my

Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?

Anda perlu memeriksa terlebih dahulu simpanan dalam Akaun 1 dan jumlah yang layak dikeluarkan sebelum mengisi Borang KWSP 9N (AHL) dan membuka akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih. Dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pengurus dana tersebut:

  • Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi; dan
  • Salinan Kad Pengenalan ahli (MyKad) atau Kad Pengenalan Polis

Ruang ‘amaun yang dipohon’ hanya perlu diisi selepas anda berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu dilaburkan dengan syarat amaun tersebut tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan dan tidak kurang dari RM1,000. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.

Adakah pelaburan ini dijamin keuntungannya?

Tiada siapa dapat menjamin pelaburan tersebut akan sentiasa memperoleh keuntungan. Ia merupakan pilihan kepada ahli KWSP yang ingin membuat pelaburan mereka sendiri.

Oleh itu, sebagai ahli KWSP, anda perlu membuat keputusan dengan bijak apabila melaburkan simpanan anda dan mengetahui tahap risiko yang anda boleh terima. Jika anda tidak bersedia untuk melaburkan sendiri simpanan anda, adalah lebih baik anda membiarkan sahaja wang anda di KWSP dan memperoleh dividen tahunan tidak kurang daripada 2.5 peratus setahun tanpa risiko.

“Jumlah minimum yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah Simpanan yang melebihi Simpanan asas Akaun 1”

Bolehkah saya membatalkan pengeluaran tersebut selepas ia diluluskan?

Tidak. Anda tidak boleh membatalkan pengeluaran tersebut setelah ia diluluskan. Oleh yang demikian, anda perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang pengeluaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran pelaburan, sila kunjungi pejabat KWSP terdekat, hubungi pusat panggilan di 03-8922 6000 atau layari www.kwsp.gov.my

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 16/Ogos 2011

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button