Pelan PenyimpananPelan PerbelanjaanPengurusan Kewangan

Bagaimana Untuk Jimat Belanja RM1,000 Sebulan?

Pernahkah anda menyemak baki akaun anda pada akhir bulan sebelum gaji anda dikredit ke dalam akaun?

Kalau baki yang tinggal masih banyak lagi, itu tandanya anda menguruskan kewangan dengan baik.

Bagaimana pula jika baki dalam akaun anda tinggal kosong? Itu tandanya anda perlu melakukan sesuatu terhadap pengurusan kewangan anda.

Anda mungkin sedar yang kos sara hidup pada masa ini serba meningkat. Anda perlulah bijak mengatur perbelanjaan supaya keperluan anda tidak terabai. Perbelanjaan untuk mengikut gaya hidup seperti orang lain perlulah dielakkan sekiranya perbelanjaan tersebut adalah di luar kemampuan anda. Pendapatan dan perbelanjaan orang lain mungkin tidak sama seperti perbelanjaan dan pendapatan anda. Oleh itu, sebelum berbelanja, ukurlah baju di badan sendiri.

Berikut dikongsikan beberapa panduan yang anda boleh lakukan sehingga mampu menjimatkan wang sebanyak RM1,000 sebulan.

1. Siaran Berbayar

Jika anda peminat bola sepak, yuran bulanan untuk siaran berbayar yang paling murah ialah sebanyak RM90.95. Anda boleh menukar pelan televisyen berbayar anda kepada pelan seperti Astro Njoi yang anda hanya perlu bayar ketika pendaftaran sahaja.

Jumlah penjimatan : RM90.95

2. Internet

Pada zaman sekarang, internet sangat penting, terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian.

Jika anda masih baru dalam bidang perniagaan tersebut, pilih pakej murah yang kosnya masih rendah. Yuran bulanan pakej internet adalah berbeza-beza, ada yang mencecah RM200 sebulan sedangkan anda boleh memilih pakej yang lebih murah, iaitu RM100.

Namun, jika perniagaan dalam talian anda memerlukan internet yang laju, tiada masalah sekiranya anda ingin melanggan internet yang mahal.

Jumlah penjimatan : RM100.00

3. Internet (Data Telefon)

Penggunaan telefon pintar perlu mempunyai pelan data internet kerana kebanyakannya menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook.

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji, anda perlu berada di pejabat dari pagi hingga petang. Anda tidak memerlukan internet yang mahal jika fokus anda adalah kepada pekerjaan anda di pejabat.

Sekiranya rumah anda sudah mempunyai internet, anda sebenarnya tidak memerlukan pelan data yang mahal.

Jika anda melanggan talian pascabayar, komitmen bulanan paling murah anda ialah sebanyak RM80, yang sebenarnya anda boleh ambil pakej internet prabayar yang berharga RM30 sebulan.

Jumlah penjimatan : RM50.00

4. Gimnasium

Ramai yang ingin pergi ke gimnasium untuk memiliki badan yang sihat.

Namun, kebanyakan yuran bulanan gymnasium boleh mencecah sehingga RM200 sebulan jika gimnasium tersebut adalah gimnasium yang terkenal. Anda sebenarnya boleh berjimat tanpa perlu pergi ke gimnasium.

Buat senaman di taman, di luar rumah atau di dalam rumah. Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai jenis diet untuk memiliki berat badan yang ideal

Jumlah penjimatan : RM200.00

5. Kopi Mahal

Jika anda penggemar kopi mahal yang berharga RM15-RM20 secawan, anda patut melupakan minuman kegemaran tersebut.

Anda sebenarnya telah membazir terlalu banyak sedangkan anda boleh mendapatkan kopi yang lebih murah di kedai mamak.

Jika anda membeli kopi tersebut sebanyak 10 kali dalam sebulan, ini bermakna anda telah membelanjakan wang anda sebanyak RM200 sebulan. Ini ialah satu pembaziran yang tidak disedari.

Jumlah penjimatan : RM200.00

6. Makanan Segera

Waktu rehat di pejabat, ramai yang ingin mendapatkan makanan yang cepat disediakan dan makanan segera ialah pilihan yang terbaik.

Tetapi, tahukah anda harga untuk set makanan segera boleh mencecah sehingga RM10 untuk makanan yang termasuk dalam kategori ‘biasabiasa’ sahaja.

Jika anda pergi ke restoran makanan segera, set makan tengah hari adalah lebih kurang RM20 untuk sekali makan.

Jika anda ambil makanan segera sebanyak 2 kali sebulan, anda sudah membelanjakan sebanyak RM20 x 2 = RM40.

Jumlah penjimatan : RM40.00

Secara Keseluruhannya, Anda Boleh Jimat Seperti Berikut:

Siaran berbayar RM90.95
Internet RM200
Internet (data) RM50
Gimnasium RM200
Kopi mahal RM200
Makanan segera RM40
Jumlah RM780.95

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 97/Mei 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button