Pelan Penyimpanan

Bagaimana Untuk Berjaya Menyimpan Wang

Siapa yang tidak mahu ada wang simpanan? Ada ketikanya pasti anda terfikir bagaimana seseorang berjaya menyimpan wang mereka. Ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian untuk menyimpan wang sebagaimana yang dikongsikan di laman sesawang lifehack.org.

1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil
Kebanyakan orang biasanya amat menitik beratkan untuk membuat pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun ia menyebabkan mereka cenderung untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.

2. Fokus kepada masa hadapan
Adalah mudah untuk menghabiskan wang bagi mendapatkan sesuatu yang dikehendaki. Anda perlu mengubah tabiat itu dan memberikan fokus kepada masa depan berbanding mendapat kepuasan sementara.

3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk
Walaupun anda berasa gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa yang dimiliki namun anda harus mengawal dan meletakkan had terhadap tabiat itu. Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.

4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih
Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah membiasakan untuk mencatatkan segala perbelanjaan keluar dan masuk supaya anda mengetahui di mana dan ke mana wang anda dibelanjakan. Gunakanlah aplikasi “Microsoft Excel” contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.

5. Melabur simpanan dengan bijak
Anda perlu mencuba untuk meningkatkan pendapatan yang diperolehi supaya ia boleh menambah simpanan anda. Oleh itu, buatlah simpanan daripada pendapatan tersebut.

6. Menggemari jualan murah, tawar-menawar
Anda perlu membiasakan diri untuk tidak membayar apa- apa caj yang tidak perlu. Oleh itu, anda perlu berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh dielakkan.

Cuba amalkan tip tersebut, walaupun ringkas, cukup membantu. Selamat menabung.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 88/Ogos 2017

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button