Pelan Pelaburan

Awas! Penipuan Kewangan Melibatkan Pelaburan Emas

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa. Anda dinasihatkan agar lebih berhatihati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. Ramai pelabur yang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.

Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah Skim Pelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburan emas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad (syarikat). Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee) atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebut mengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemen pengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Modus Operandi yang sering digunakan ialah:

  • Pelabur diminta mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjian dengan pengendali skim;
  • Pelabur akan membayar harga produk emas tersebut sama ada dengan cek atau secara tunai;
  • Pelabur diberikan pilihan untuk mengambil produk emas tersebut daripada pengendali skim (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa seperti yang ditetapkan oleh pengendali skim atau membenarkan pengendali skim menyimpan produk emas tersebut;
  • Pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau hibah setiap bulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan yang ditetapkan; dan
  • Pengendali skim menjamin pembelian balik emas, iaitu pelabur berhak menjual balik produk emas tersebut kepada pengendali skim pada akhir tempoh perjanjian, pada harga belian asal.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 26/Jun 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button