Pelan PenyimpananPenggunaPengurusan KewanganPerancangan Kewangan

Apakah Simpanan Tetap? Bagaimana Simpanan Tetap Berfungsi?

Simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai ‘FD’ (fixed deposit) di Malaysia, ialah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dananya dalam jangka masa yang ditetapkan.

Dalam pelaburan simpanan tetap, faedah hanya akan dibayar pada penghujung tempoh pelaburan. Ini berlainan dengan akaun simpanan biasa yang faedah dikira setiap hari dan selalunya dibayar pada hujung setiap bulan. Oleh kerana tempoh dan kadar faedah sudah ditetapkan, anda mudah mengira jumlah faedah yang bakal diperoleh pada hujung tempoh pelaburan simpanan tetap.

Bagaimana simpanan tetap berfungsi

Anda dibenarkan membuat penunaian awal sebelum tarikh matang sijil akaun simpanan tetap tetapi pembayaran faedah akan dikurangkan dan diselaraskan menurut terma-terma dan syarat-syarat akaun simpanan tetap.

Tempoh simpanan tetap berbeza dari satu bulan sehingga lima tahun.

Apabila anda melabur dalam pelaburan simpanan tetap, anda selalunya dikemukakan dengan tempoh berbeza atau opsyen jangka masa berbeza seperti satu bulan, tiga bulan, enam bulan, satu tahun dan sebagainya.

Setiap tempoh atau jangka masa memberi kadar faedah yang berbeza. Contohnya, bank biasanya menyatakan kadar faedah simpanan tetap mereka dalam jadual seperti yang berikut:-

Ini bermakna jika anda pilih untuk melabur dalam simpanan tetap dengan tempoh 3 bulan, anda akan mendapat kadar faedah 3.05% setahun pada hujung tempoh 3 bulan tersebut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun ia mudah, sesetengah simpanan tetap menawarkan berbagai-bagai ciri. Berikut akan bincangkan sebahagian daripada ciri-ciri biasa yang anda akan dapati bila membuat perbandingan antara simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Kekerapan pembayaran faedah

Ini merujuk kepada masa faedah atas simpanan tetap anda dikira dan dibayar. Opsyen yang paling biasa ialah pembayaran faedah pada tarikh matang (iaitu pada penghujung tempoh yang dipersetujui) untuk simpanan tetap jangka pendek, dan pembayaran faedah tahunan (iaitu setiap tahun) untuk simpanan tetap jangka panjang. Sesetengah opsyen biasa adalah:

  • Pembayaran tahunan: faedah dibayar pada hujung setiap tahun
  • Pembayaran separa-tahun: faedah dibayar pada hujung setiap enam bulan
  • Pembayaran suku tahunan: faedah dibayar pada hujung setiap empat bulan
  • Pembayaran dua minggu: faedah dibayar pada hujung setiap dua minggu
  • Pembayaran mingguan: faedah dibayar pada hujung setiap minggu
  • Pembayaran pada tarikh matang: faedah dibayar pada hujung tempoh simpanan tetap

Kiraan faedah simpanan tetap

Di Malaysia, bank selalunya menyebut kadar faedah tahunan bagi simpanan tetap. Contohnya, kadar faedah simpanan tetap 3 bulan akan disebut sebagai 3.05% p.a. (p.a. juga dikenali sebagai per annum atau setahun). Ini bermakna, untuk pelaburan berjumlah RM10,000, jumlah faedah atas pelaburan ini ialah: RM10,000 x 3.05% x (3 bulan/12 bulan) = RM76.25

Pelaburan atau pembaharuan automatik

Sekiranya akaun simpanan tetap anda mempunyai kemudahan pelaburan atau pembaharuan automatik, bank akan melaburkan semula wang anda secara automatik (termasuk faedah yang diperoleh) ke dalam pelaburan simpanan tetap yang baru bila pelaburan lama sudah sampai tempoh matangnya. Pelaburan simpanan tetap yang baru ini akan dilaburkan untuk jangka masa yang sama, tetapi kadar faedahnya tidak semestinya sama dengan pelaburan sebelumnya. Anda dinasihatkan mencatat peringatan dalam diari anda untuk membandingkan kadar faedah simpanan tetap sebelum tempoh matang tiba. Untuk membatalkan opsyen pelaburan atau pembaharuan automatik, anda hanya perlu memberitahu bank sebelum sampai tempoh matang simpanan tetap anda.

Artikel ini daripada iMoney.my, portal perbandingan kewangan di Malaysia. Lawati www.imoney.my untuk membanding simpanan tetap, pinjaman rumah, insurans kereta dan kad kredit yang terdapat di Malaysia.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 51/Julai 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button