Pelan Pelaburan

Apakah Pelaburan Terbaik?

Apa Itu Pelaburan?

Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen.

Tujuan Pelaburan

  • Adakah untuk mengembangkan modal?
  • Adakah untuk aliran tunai setiap modal?

Kefahaman dan Pengetahuan

Instrumen pelaburan yang hendak dipilih seharusnya adalah pelaburan yang kita sendiri faham dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaannya. Contohnya pelaburan saham, seseorang itu perlu faham dan tahu tentang perkara-perkara asas seperti cara jual beli, kiraan unit, caj-caj terlibat, modal diperlukan, cara memilih kaunter terbaik, teknik menganalisis prestasi kaunter / syarikat (fundamental analysis) dan teknik membaca pergerakan carta saham (technical analysis). Begitu juga dengan pelaburan hartanah, perlu tahu tentang kos-kos terlibat, undang-undang berkaitan, cara beli rumah, strategi pelaburan hartanah yang menguntungkan dan teknik mendapatkan penyewa yang baik. Dalam membuat pelaburan, jangan sekadar mengikut orang lain, sebaliknya biar kita membuat keputusan berdasarkan kefahaman dan pengetahuan sendiri.

Kesimpulannya, setiap peluang pelaburan adalah sesuai untuk semua orang, namun peluang pelaburan terbaik adalah mengikut citarasa dan minat masing-masing yang berbeza-beza.

Toleransi Risiko

Secara mudah, toleransi risiko seseorang dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi.

Orang yang mempunyai toleransi risiko yang rendah tidak sanggup menghadapi risiko yang tinggi dalam pelaburan, mereka takut kehilangan modal pelaburan dan tidak sanggup menunggu lama untuk mendapatkan pulangan modal. Mereka tidak sanggup menghadapi turun naik pasaran. Jadi, pilihan pelaburan terbaik untuk mereka adalah akaun deposit tetap (fixed deposit), bon dan sukuk.

Manakala bagi yang mempunyai toleransi risiko yang lebih tinggi pula (sederhana dan tinggi), mereka boleh melabur dalam pelaburan yang lebih bersifat jangka masa panjang dan mengabaikan turun naik pasaran dalam jangka masa pendek seperti pelaburan unit amanah ekuiti dan saham.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 95/Mac 2018

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button