Pelan PerlindunganPengguna

Apa yang perlu dilakukan selepas berlakunya kemalangan jalan raya

1. Bertenang

2. Utamakan keselamatan: Jika boleh, alih kenderaan anda ke bahu atau tepi jalan, luar daripada laluan trafik. Matikan enjin dan nyalakan lampu kecemasan atau letakkan segi tiga kecemasan atau suar jalan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

3. Kumpulkan maklumat: Catat seberapa banyak maklumat mengenai:

  • butiran peribadi pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berkenaan – nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor lesen memandu dan nombor telefon (jika boleh)
  • nama penanggung insurans/takaful kenderaan lain yang terlibat
  • buatan/ model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu
  • nombor pendaftaran trak tunda (jika ada)

Lakarkan secara ringkas situasi kemalangan. Ambil gambar dan catat tahap kerosakan pada kenderaan/harta benda yang terlibat (jika boleh). Ini akan membantu anda apabila membuat laporan polis kelak dan / atau sekiranya anda ingin menghantar Borang Pemberitahuan Kemalangan*.

4. Hubungi Accident Assist di talian 1-300-22-1188. Accident Assist adalah inisiatif terbaru daripada industri insurans dan takaful kepada orang ramai yang memerlukan khidmat          bantuan jalan raya dengan segera sekiranya berlaku kemalangan. Accident Assist akan bertanya kepada anda beberapa soalan mudah mengenai kemalangan tersebut.Panggilan anda akan disambungkan kepada syarikat insurans/takaful anda sendiri atau anda akan dimaklumkan bengkel kenderaan terdekat yang boleh dihubungi untuk mendapatkan butiran perkhidmatan trak tunda atau membaiki kenderaan anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi terus syarikat insurans /takaful anda untuk bantuan.

5. Buat laporan polis: Anda perlu, dari segi undangundang, membuat laporan polis dalam    tempoh 24 jam selepas kenderaan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya (atau dicuri).

6. Buat tuntutan insurans / takaful: Kami menggalakkan anda mengisi Borang Pemberitahuan Kemalangan* dan menghantarnya sama ada kepada syarikat insurans/takaful anda dan/atau kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam masa 7 hari dari tarikh kemalangan. PIAM dan MTA boleh dihubungi di :

Persatuan Insurans Am Malaysia
Tingkat 3, Wisma PIAM
150, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur
No Tel. : 03-22747395
No Faks. : 03-22745910
Emel : piam_sec@piam.org.my

Persatuan Takaful Malaysia
Tingkat 21, Menara Takaful Malaysia
4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur
No Tel. : 03-20318160
No Faks. : 03-20318170
Emel: mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my

* Borang Pemberitahuan Kemalangan boleh diperoleh daripada www.insuranceinfo.com.my, www.piam.org.my atau www.malaysiantakaful.com.my

Apa yang boleh anda tuntut:

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 45/Januari 2014

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button