Pengurusan HutangPengurusan Kewangan

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Mempunyai Hutang Tidak Terkawal?

Berikut adalah tiga langkah yang anda boleh gunakan untuk menangani masalah hutang tidak terkawal.

  1. AKUI anda mempunyai masalah hutang tidak terkawal
  • Jangan menafikannya. Mengaku bahawa anda mempunyai masalah, terutama jika anda sedang mengalami beberapa petanda hutang tidak terkawal.
  • Jangan menambahkan lagi hutang. Ini termasuk membeli barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit anda.
  1. ANALISIS situasi untuk menilai kedudukan kewangan anda
  • Kemas kini semua penyata pinjaman anda untuk mengetahui jumlah hutang yang sebenarnya.
  • Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan anda.
  • Bayar balik hutang anda mengikut keutamaan. Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang tinggi terlebih dahulu.
  1. AMBIL TINDAKAN segera untuk membetulkan keadaan
  • Sediakan bajet, sekiranya anda masih belum berbuat demikian. Bajet anda mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalam senarai perbelanjaan anda.
  • Pertimbangkan untuk menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang.
  • Kurangkan perbelanjaan anda.
  • Berusaha untuk meningkatkan pendapatan, contohnya dengan membuat kerja sambilan.
  • Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman yang bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai anda.
  • Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan tidak dapat membantu anda.

Sumber : AKPK/Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 35/Mac 2013

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button