Pelan PenyimpananPerangkap Kewangan

Apa itu Phishing?

Phishing adalah jenayah siber di mana mangsa akan dihubungi secara atas talian melalui emel, telefon atau mesej daripada si penjenayah atau scammer yang menyamar sebagai institusi yang sah untuk memancing mangsa memberikan data beribadi seperti maklumat peribadi, perincian dan kad kredit ataupun kata laluan.

Kita perlulah lebih berhati-hati kerana scammer ini menggunakan teknik yang lebih canggih menyebabkan ia lebih sukar untuk dikenal pasti. Apa yang mereka boleh lakukan adalah mereka mencipta satu laman web yang hampir 100 peratus menyerupai laman web rasmi bank misalnya dan menunggu mangsa meletakkan atau mengisikan maklumat peribadi pada laman web tersebut.

Pishing ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Antaranya seperti yang kami terangkan kepada anda tadi, iaitu ia boleh didapati dalam bentuk lampiran (attachment), pautan, ataupun skrin log masuk sesebuah laman web.

Antara maklumat yang scammer inginkan daripada anda adalah seperti berikut:

    1. Kata laluan
    2. Info Kewangan
    3. Identiti
    4. Wang

Walau bagaimana pun, kita harus peka dan tidak perlu terlalu takut dengan hal yang demikian. Kita perlu ambil perhatian tentang beberapa perkara sahaja. Antaranya, kita perlulah berhati-hati alamat emel atau nombor telefon yang mencurigakan. Di samping itu, berhati-hatilah juga dengan tawaran yang mencurigakan.

Oleh itu, kita perlulah berjaga-jaga dengan apa yang kita akses pada komputer kita. Jangan mudah percaya kepada semua perkara. Pastikan anda lindungi data peribadi anda terutamanya kata laluan anda. Jangan sesekali memberikan nombor TAC yang anda dapat melalui mesej teks kepada sesiapa pun.

Laporkan mesej yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan KWSP di talian 03-89226000

Sumber: KWSP/Berita & Sorotan/Penipuan/30 Januari 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button