Perangkap KewanganTip dan Panduan

Berhati-hatilah dengan Skim Cepat Kaya!

Anda suka bergaul tetapi kurang teliti dan cepat cemas?

Menurut kajian terkini yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), individu yang mempunyai personaliti tertentu didapati lebih cenderung menjadi mangsa Skim Cepat Kaya. Hasil kajian yang dijalankan ini berdasarkan Model Lima Personaliti Utama [Personality Big Five Inventory (BFI) Model] mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang sewajarnya dalam membendung diri sendiri serta rakan taulan daripada terjebak dengan Skim Cepat Kaya.

Ciri-ciri personaliti mangsa Skim Cepat Kaya

  1. Suka bergaul
    • Golongan yang berada dalam kate goriinI biasanya bersikap mesra, penuh bertenaga dan sentiasa bersikap positif.
    • Walaupun sikap ini amat disenangi, ia juga membuka ruang kepada scammer untuk mendekati bagi mempromosi dan seterusnya memerangkap mangsa ke dalam Skim Cepat Kaya.
  1. Kurang teliti
    • Golongan yang mudah terjejas dengan tekanan psikologi (Neurotisme) selalunya menjadi kurang teliti atau sering mengalah kepada tekanan scammer.
    • Apabila menghadapi tekanan, mereka akan membuat keputusan terburu-buru tanpa menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa mahupun rakan atau ahli keluarga yang lebih arif.
  1. Cepat cemas
    • Seseorang yang cenderung untuk cepat cemas mudah dieksploitasi. Scammer mudah mengambil kesempatan dengan mendakwa peluang yang ditawarkan adalah terhad dan menjerumuskan mereka dalam Skim Cepat Kaya.

Kenali personaliti anda

Anda boleh memahami lebih lanjut personaliti anda dengan mengambil ujian personaliti BFI. Terdapat laman web percuma yang boleh anda layari untuk memahami lebih lanjut mengenai kecenderungan personaliti anda seperti https://bigfive-test.com/.

Personaliti anda bukanlah penentu utama menyebabkan anda akan menjadi mangsa Skim Cepat Kaya. Namun, ia boleh dijadikan panduan untuk lebih berhati-hati daripada dieksploitasi oleh scammer Skim Cepat Kaya, terutamanya golongan yang mempunyai ciri-ciri personaliti bersifat sosial yang tinggi (Extraversion), tidak tahan tekanan secara psikologi dan emosi (Neuroticism) ataupun mudah cemas sekiranya dalam situasi yang tak terduga (Conscientiousness).

Apakah tip untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Skim Cepat Kaya?

  1. Jangan buat keputusan terburu-buru atau secara impulsif.
  2. Jangan rasa bersalah untuk menolak pelawaan atau tawaran.
  3. Semak dengan pihak berkuasa ataupun rakan taulan yang lebih arif.

Anda juga boleh mengikuti laman Facebook Amaran Scam untuk mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai Skim Cepat Kaya dan penipuan kewangan lain agar dapat menghindar diri dan orang yang tersayang daripada menjadi mangsa (https://www.facebook.com/amaranpenipuan/).

Sumber: https://www.bnm.gov.my/Edisi 114/Okt 2020

Artikel Berkaitan

Lihat Juga
Close
Back to top button