Pelan PenyimpananPenggunaPerancangan Kewangan

Adakah Simpanan KWSP Mencukupi Untuk Persaraan?

Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan tabungan dengan elemen pelaburan untuk persaraan. Caruman ini telah ditetapka oleh undang-undang dan perlu dibuat pada setiap bulan oleh majikan. Setiap bulan 11% daripada pendapatan bulanan anda perlu dicarumkan ke dalam akaun KWSP anda.

Persoalannya, adakah simpanan KWSP anda mencukupi untuk menampung keperluan anda ketika persaraan kelak? Berpandukan kepada jadual perbelanjaan asas, diterangkan cara bagaimana untuk membolehkan anda merancang persaraan dengan menggunakan kalkulator pengiraan persaraan. Anda boleh merujuk laman sesawang www.fomca.org.my/kewangan untuk keterangan lanjut.

Berdasarkan jadual pengiraan persaraan ilustrasi di sebelah, anda perlu mencapai matlamat simpanan persaraan anda sebanyak RM1,173,280 sebelum mencapai umur persaraan. Ini bermakna, anda hanya mempunyai 25 tahun untuk membuat persediaan persaraan.

Dengan mengambil kira kadar inflasi sebanyak 3.6% (anggaran) pada masa sekarang, anda memerlukan komitmen sebanyak RM2,025 sebulan dan RM24,300 setahun. Dalam tempoh 25 tahun dan kadar inflasi yang meningkat, anda memerlukan komitmen sebanyak RM4,888 sebulan dan RM58,664 setahun.

Adakah simpanan anda mencukupi untuk menampung baki usia anda sehingga berumur 75 tahun lagi? Jangka hayat rakyat Malaysia bagi lelaki dijangkakan berumur 75 tahun dan 78 tahun bagi wanita.

Perbelanjaan Asas

(tidak termasuk pembayaran pinjaman kerana semua pembayaran pinjaman mesti dilangsaikan sebelum anda bersara)

Sumber: www.einsuran.com

Nota: Jadual pengiraan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Keperluan anda mungkin berbeza daripada jadual di atas. Anda dicadangkan untuk berhubung dengan Perunding Kewangan anda sebelum membuat keputusan dalam kewangan.

Mengapa pentingnya membuat simpanan dari awal?

Berdasarkan jadual di bawah, anda perlu membuat simpanan pada awal usia 20 tahun.

Simpanan bulanan ini dapat dikurangkan jika anda menyimpan pada usia yang lebih muda, berbanding sekiranya anda mula membuat simpanan pada usia 30 tahun, yang memerlukan anda menyimpan lebih banyak untuk mencapai matlamat persaraan yang sama. Masa adalah nilai untuk wang.

Bagi mendisiplinkan diri dengan membuat simpanan, anda perlu memastikan untuk sentiasa membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan anda. Ingat! semua orang memerlukan jumlah wang yang besar untuk bersara dengan selesa.

Terdapat dua elemen utama yang memberi kesan terhadap dana persaraan anda, iaitu Kadar Faedah dan Kadar Inflasi. Kedua-dua elemen ini tidak dapat dikawal oleh anda. Oleh itu, sentiasa pastikan anda mempunyai simpanan bulanan secara tetap sebagai persediaan persaraan anda.

Sumber : Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 30/Oktober 2012

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Lihat Juga
Close
Back to top button