Skip to toolbar
Akta dan PerundanganPerangkap KewanganTip dan Panduan

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi Yang Perlu Anda Ketahui

Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang digunakan di dalam transaksi komersial yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang yang dikenal pasti daripada maklumat tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas. Antara contoh ‘data peribadi’ adalah seperti:

  • Nama dan alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor pasport
  • Maklumat kesihatan
  • E-mel
  • Gambar
  • Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  • Maklumat dalam fail peribadi
  • Butiran akaun bank
  • Butiran kad kredit
  • Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) dari semasa ke semasa.

Berikut adalah Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5 (1) demi menjaga keutuhan data peribadi:

1) Prinsip Am

Anda harus memberi persetujuan untuk menggunakan data peribadi anda. Seseorang pengguna atau organisasi tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang yang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini bermaksud mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.

2) Prinsip Notis

Dan Pilihan Anda harus dimaklumkan akan tujuan beserta had penggunaan data peribadi yang telah diberikan.

3) Prinsip Penzahiran

Ketahui bahawa syarikat tidak boleh menggunakan data anda bagi tujuan lain selain daripada yang dibenarkan sahaja.

4) Prinsip

Keselamatan Organisasi harus memastikan data peribadi disimpan dalam keadaan selamat dan terjamin.

5) Prinsip Penyimpanan

Sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.

6) Prinsip Integriti Data

Organisasi bertanggungjawab dalam memastikan data peribadi tersebut betul dan tepat.

7) Prinsip Akses

Individu hendaklah diberikan hak untuk mengakses data peribadinya dan dibenarkan untuk mengemas kini datanya. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Seksyen 709) sekiranya mengesyaki sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi.

Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu, iaitu apabila Akta ini telah berkuat kuasa:

i) Pengadu perlu membuat aduan dan memohon penjelasan daripada organisasi yang terlibat terlebih dahulu;

ii) Sekiranya pengadu masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu bolehlah terus membuat aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan dijalankan;

iii) Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka pengadu bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.

Butir-butir yang diperlukan semasa membuat aduan:

Anda hanya perlu menulis surat atau e-melkan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk menjelaskan kes anda. Dalam surat atau e-mel, anda perlu menyatakan perkaraperkara yang berikut:

i) Nama organisasi atau individu yang anda ingin adukan;

ii) Menerangkan sebab kebimbangan anda;

iii) Memberikan butir-butir tindak balas yang anda telah terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat;

iv) Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mel mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.

Sumber: Buletin Ringgit/Bank Negara Malaysia/Edisi 111/Januari 2020

User Rating: 4.35 ( 1 votes)

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button